Beri Pener4ngan V4ksin Dal4m L0ghat Kelantan, Usaha Sabri Yunus Raih Pujian Ramai

Sehingga hari ini, masih ramai yang keliru berkenaan fungsi sebenar vaksin COVID-19 dan ada yang berpendapat bahawa vaksin itu boleh menyembuhkan COVID-19.

Walhal sebenarnya fungsi vaksin bukan untuk mencegah atau merawat jangkitan tetapi untuk mengurangkan kadar risiko yang dialami jika dijangkiti wabak berkenaan.

Baru-baru ini, pelakon yang cukup terkenal di Malaysia Sabri Yunus telah menggunakan laman media sosialnya untuk memberi kesedaran tentang fungsi vaksin dalam dialek Kelantan.

Turut dikenali sebagai ‘Pokya’, pelakon veteran berusia 60 tahun itu memberikan penjelasan yang mudah difahami dan turut memberi contoh situasi yang berlaku menerusi video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji inisiatif yang dilakukan oleh bintang drama Tanya Sama Pokok itu dalam menyampaikan ilmu berkaitan vaksin kepada orang ramai.

Dalam pada itu, ramai juga yang berkongsi pengalaman menghadapi kesukaran dalam menggalakkan ibu bapa mereka mengambil vaksin.

Memandangkan kini ramai golongan ‘anti-vaksin’ didapati menyebarkan fakta yang salah sebagai cubaan untuk menakutkan orang ramai daripada mengambil vaksin.

Nak suruh ‘family’ Kelantan dengar

Tak tahu macam mana nak yakinkan ‘parents’

Terbaikkk Pokya

Video ni patut disiarkan di TV dan Radio

Memetik laporan media terdahulu, hampir 10,000 penduduk di Kelantan dengan sebahagian besar berusia 60 tahun ke atas dikesan gagal hadir menerima suntikan vaksin sehingga semalam.

Difahamkan lagi antara puncanya ialah masalah kesihatan selain menunda tarikh suntikan.

Selain itu, ada yang gagal hadir kerana mempunyai masalah peribadi dan ramai juga tidak memberi alasan kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Tonton video penuh:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Twitter @niezarul_hafiq

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Beri Pener4ngan V4ksin Dal4m L0ghat Kelantan, Usaha Sabri Yunus Raih Pujian Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*