“Duk seb4r d4kyah rebvs bunga cengkih” – Farahanim Ded4h Jiran Artis Nama RR Dan LL Antiv4ksin, Rita Rudaini Tempel4k?

Jangan terkejut kalau ada orang terdekat dalam hidup korang macam ibu bapa, adik beradik, kawan atau kenalan lain yang sebenarnya selama ini tak dedahkan mereka tu anti vaksin.

Seperti pengacara, Fara Hanim Razak yang telah berkongsi satu tweet mendedahkan bahawa dua jirannya yang merupakan golongan selebriti merupakan geng anti vaksin. Siapakah?

Menerusi tweet tersebut yang kini telah pun dipadam di Twitter, Fara Hanim turut memberikan klu huruf pangkal kedua-dua artis tersebut. Katanya,

Cuba teka siapa jiran-jiran saya yang antivaksin? 2 pelakon start with RR & LL. Selalu duk sebar dakyah rebus bunga cengkih….”

Tweet tersebut telah mendapat perhatian dan menimbulkan tanda tanya ramai netizen di mana ada segelintir yang tampil meneka siapakah gerangan dua selebriti tersebut yang berjiran dengannya itu.

Terpanggil untuk menjawab dakwaan itu, Rita Rudaini melalui Instagram telah menempelak kenyataan itu dan melalui status panjangnya dia berkata seharusnya sebagai jiran Fara Hanim tidak seharus memandang serong terhadap orang lain walaupun berkenaan hal vaksin.

Beginikah sikap seorang muslimah.. Orang muslim… Datang la jumpa depan depan. Bukan tak pernah sembang pun kan.”

Sisturr pon  tak pernah tulis sisturr antivax 🤣.. Pastu? Sisturr nak rebuih rumput ka, nak rebuih taik ka…itu sisturr punya pasal la.. Tak pernah kacau hidup org pon…”

Eh nampak sangat tidak bijak,pasal vaksin saja pon nak pandang serong kat orang… Islam plak tu…ayooo orang mcm ni takleh buat jiran…suka cakap belakang.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)


Bagaimanapun, semalam secara kebetulan menerusi satu tweet dari seorang netizen, dia telah meluahkan rasa kecewa terhadap Rita Rudaini yang merupakan seorang selebriti namun telah berkongsi di Instagram story sedang merebus bunga cengkih.

Memandangkan Rita seorang selebriti dan ada pengaruh, netizen itu menzahirkan kerisauan jika ramai pengikutnya akan percaya dengan teori bunga cengkih tersebut.

Apa apa pun harap dua jiran ini dapat selesaikan perkara ini dengan baik dan tidaklah bermasam muka serta tidak bertegur sapa…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Duk seb4r d4kyah rebvs bunga cengkih” – Farahanim Ded4h Jiran Artis Nama RR Dan LL Antiv4ksin, Rita Rudaini Tempel4k?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*