Sharifah Sakinah T4mpak Lebih M4tang Setelah Ulang Tahun Ke-32

“Wah kinah you looks good these day lah”

Umum mengetahui bahawa pelakon wanita ini sering mengundang kecaman dan kontroversi menerusi gambar-gambar yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram mahupun laman sosial.

Pelakon Sharifah Sakinah atau lebih mesra dipanggil Sakinah sering ditempelak kerana dikatakan tidak sensitif dengan pandangan masyarakat dengan berimej seksi biarpun dirinya mempunyai alasan tersendiri.

Namun sebelum ini, ramai yang menghentam tindakannya itu dan meminta beliau untuk lebih prihatin ketika ingin berkongsi sebarang gambar.

Walau bagaimanapun, setelah sekian lama ‘menyepi’  dan dikatakan kini berada di luar negara bersama tunangnya Michael Hansen, terbaharu Sakinah telah memuat naik gambar  semperna ulang tahun kelahiran dia dan pasangan kekasihnya.

Sakinah dan tunangnya, Hansen dilihat bagaikan ‘magnet’ dalam memupuk perhubungan cinta sejak awal percintaan lagi.

Menjengah ke laman Instagram milik tunangnya, Hansen juga ada berkongsikan ucapan kelahiran buat kekasihnya dalam bentuk video mesra mereka bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Hansén (@michael_hansen79)

Video ucapan yang dikongsi Haisen itu menggambarkan betapa bahagiannya setiap detik yang diluangkan bersama Sakinah selain mengakui bahawa tunangnya itu sering membuatkan dirinya tersenyum.

Mereka juga tidak begitu lama mencari titik keserasian, sekali gus memutuskan untuk mengakhiri perhubungan dengan fasa perkahwinan tahun ini, setelah mengikat tali pertunangan pada penghujung tahun 2020.

Menurut sumber laporan Berita Harian, Sakinah menyifatkan bakal suaminya itu amat menyenangkan dan matang dalam melayari perhubungan.

“I dont know, Kinah makin cantik bila dia tak bawak muka sebeban dengan heavy depress, Eyebag kurang. She’s going to be good out there. More better”

Rata-rata warganet turut menyaksikan perubahan yang menampakkan sikap selebriti ini sedikit matang dan berseri kerana kurang meraih ‘drama’ seperti yang sering dilakukannya sebelum ini menerusi apa-apa yang dikongsi.

Meskipun spekulasi mengenai tarikh berkahwinannya yang digembar-gemburkan sebelum ini bakal diadakan pada tarikh yang sama pada hari jadi pasangan ini namun sehingga 28 Mei, masih tiada sebarang perkhabaran lanjut berkenaan majlis perkahwinan mereka.

Diharapkan semua yang dirancang berjalan dengan lancar, apa-apa pun happy birthday Sakinah dan tunang!

Semoga ada berita baik daripada mereka berkenaan pengumuman tarikh perkahwinan ya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Sharifah Sakinah T4mpak Lebih M4tang Setelah Ulang Tahun Ke-32"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*