Rindu W4jah Cantik Dan Lakonanya,Ini Penampilan Eja Di Usia 49 Tahun!

Pasti ramai peminat drama dan seni tanah air merindui lakonan dan wajah penuh kelembutan milik pelakon cantik, Siti Shahrizah atau lebih dikenali sebagai Eja.

Namanya kini seakan sepi daripada dunia seni dan pertemuan terakhir Nona bersama Eja adalah sekitar tiga tahun lalu ketika dia menjadi penghias kulit depan Nona edisi April 2017. Waktu itu, Eja sudah pun berhijab dan tampil selesa dengan imej sopan seorang muslimah.

Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Eja waktu itu apabila ditanya tentang pembabitannya dalam industri seni. “Saya tidak tahu orang lain tetapi diri saya, pada usia ini benar-benar rasa sunyi dan sepi.

Mungkin Allah sedang mendidik saya untuk melepaskan cinta dunia. Itu perasaan saya hadapi kini.

Kini saya lebih suka bersendiri jauh dari sorotan lampu glamor yang pernah dikecap dahulu. Memang ada mendengar kata-kata kecil saya sudah tidak mahu bergaul lagi atau sudah sombong.

Saya bukan begitu, sebenarnya mahu betul-betul manfaatkan masa yang bersisa dengan Pencipta, suami dan anak.”

Mengintai laman media sosial Eja, sememangnya wanita anggun ini jarang mengemas kini perkembangan terbaharu mengenai dirinya.

Kebanyakan posting Eja lebih berkisar kepada kehidupan Nur Eishal dan perkara-perkara yang berbentuk nasihat atau islamik. Diharapkan agar Eja sentiasa berada dalam keadaan sihat di samping keluarga tersayang dan kembali mengubati rindu peminat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Nona

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rindu W4jah Cantik Dan Lakonanya,Ini Penampilan Eja Di Usia 49 Tahun!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*