‘J4ngan Cabvt Nyaw4ku Di Musim C0vid-19, Siapa Nak Teng0k Di Kvbur?’ – Fauziah Nawi

Mungkin golongan antivaksin atau mereka yang tidak percaya mengenai wabak Covid-19 tidak risau dengan situasi yang semakin mengg4nas.

Namun, bagi yang menyedari mengenai bahayanya pasti res4h, bvntu, dan khvatir dengan masa depan diri, keluarga dan sahabat handai.

Kredit foto: IG

Begitu juga dengan seniwati veteran Fauziah Nawi. Selain khuatir dengan situasi Covid-19 ketika ini, beliau juga marah dengan sikap penting diri segelintir masyarakat yang enggan melindungi diri dengan menerima svntikan vaksin.

“Kerajaan sudah tolong dan lindungi kita, kita pula tak mahu dicvcuk.

“Sesiapa yang 18 tahun ke atas tolonglah pergi (ambil) vaksin termasuk mereka yang sudah dapat tarikh janji temu,” rayunya ketika ditemu bual AWANI pada Sabtu.

Menginjak usia 68 tahun, Fauziah bagaimanapun tidak menolak kemungkinan segelintir individu yang tidak hadir proses vaksinasi berdepan masalah dan mempunyai alasan munasabah.

Katanya, mereka mungkin berdepan masalah sepertinya yang buta IT (teknologi maklumat) tidak mempunyai pengangkutan, atau tiada wang untuk ke pusat pemberian vaksin dan anak-anak mungkin tinggal berjauhan untuk menolong.

Justeru, beliau mencadangkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berjumpa golongan itu di dewan orang ramai di setiap kampung.

Kredit foto: IG

Dalam masa sama, Fauziah berdoa agar nyawanya tidak dicabut ketika musim pandemik.

“Siapa nak tengok saya dekat kubur? Tengok saya buat kali terakhir…Adik-beradik tak boleh tengok.

“Kalau (meninggal dunia) disebabkan Covid-19, tayamum saja, tak dimandikan. Berbungkus sajalah,” katanya sebak.

Buat yang tidak percaya Covid-19 boleh membvnuh, sekurang-kurangnya kasihanilah orang lain yang berusaha menjaga diri daripada dijangkiti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘J4ngan Cabvt Nyaw4ku Di Musim C0vid-19, Siapa Nak Teng0k Di Kvbur?’ – Fauziah Nawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*