“Svsah tak jaga Neelofa?” Ada susah, ada senang sebab dia dah lama bergel4r boss – PU Riz

Pelakon dan pendakwah, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, mengakui menjaga isterinya, Noor Neelofa binti Mohd Noor,32, ada waktu susah dan senangnya.

PU Riz memberitahu ia adalah satu pengalaman yang mencabar memandangkan isterinya sudah terlalu lama bergelar “ladyboss”.

“Ada susah, ada senang tetapi ia pengalaman yang mencabar. Maklumlah, dia adalah seorang wanita yang sudah lama bergelar boss. Jadi, apabila sudah bersuami, jihad untuk dia taat kepada suami.

“Namun, kesukaran menjaga Neelofa tidaklah banyak, cuma perlukan masa untuk dia menyesuaikan diri,” kata PU Riz ketika ditanya peminat adakah sukar atau tidak menjaga Neelofa dalam satu sesi siaran langsung khas bersama peminat baru-baru ini.

Sementara itu, Neelofa berkata, sebagai isteri dia wajib taat kepada suaminya dalam apa keadaan sekalipun.

“Memang tidak mudah. Selama ini saya hidup saya dikelilingi dengan ramai pekerja. Saya komited untuk menjaga syarikat-syarikat yang saya usahakan.

“Tapi bila ada suami dalam hidup, kita perlu wajib taat. Walaupun untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan bukan senang, tapi saya cuba sebaik mungkin.

“Alhamdulillah sekarang ini kami sudah dapat menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri,” katanya.

Walau bagaimanapun, video sesi siaran langsung dan soal jawab diatas telah dipadam daripada akuan Instagram peminat tersebut.

Dalam perkembangan lain, Neelofa melalui Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) telah melancarkan Tabung kecemasan Covid-19 untuk memberi ruang kepada semua orang yang ingin berinfaq kepada mereka yang memerlukan disaat negara sedang dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dan kes harian Covid-19 yang semakin meningkat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Svsah tak jaga Neelofa?” Ada susah, ada senang sebab dia dah lama bergel4r boss – PU Riz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*