‘Kita Mungkin Boleh Kelent0ng P0lis Tapi T4k Boleh T1pu C0vid-19’ – Ismail

Orang ramai diminta bersikap jujur dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila memohon kebenaran untuk merentas negeri atau daerah.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bagi mengelakkan berlaku keadaan permohonan perjalanan dengan alasan kecemasan yang jujur akhirnya ditolak oleh pihak berkuasa hanya kerana sikap tidak jujur individu lain.

“Saya minta perlu jujur apabila ke balai minta kebenaran, (contoh) untuk lawat ibu yang sakit.

“Saya difahamkan banyak kes permohonan perlu ditolak kerana meragukan, bagaimanapun banyak juga berlaku kes yang jujur seperti benar-benar nak lawat mak sakit tapi sebab polis begitu hati-hati sampai si ibu meninggal,” katanya dalam sidang media Ahad petang.

Ismail Sabri berkata, bagi mengelakkan daripada jangkitan Covid-19 terus menular di negara ini polis perlu membuat pertimbangan memberi pelepasan dengan berhati-hati.

“Kita mungkin boleh tipu pihak polis tapi tidak boleh tipu Covid-19 yang ada di mana-mana.

“Itulah yang berlaku pada Aidilfiti lepas yang mana pelbagai cara diguna sehingga wujud kluster hari raya,” katanya.

Ismail sabri berkata, setiap sekatan yang dilaksanakan kerajaan terhadap rakyat dibuat selepas mendapat laporan penilaian daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Beliau memberi contoh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan kes harian akan meningkat kepada 13,000 hingga 15,000 sehari jika ziarah Aidilfitri dibenarkan.

Setakat ini, kes harian tertinggi yang direkodkan di Malaysia adalah adalah 9,020 kes (29 Mei 2021), kira-kira dua minggu selepas sambutan Aidilfitri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:mstar

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Kita Mungkin Boleh Kelent0ng P0lis Tapi T4k Boleh T1pu C0vid-19’ – Ismail"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*