“Mak Siapa Ni?” P4kai Gelang Pink Beli Ikan, Sheila Rusly Bvat R4mai Sek0lahkan Makcik Ini

Semenjak virus COVID-19 menyerang negara pada awal tahun 2020 yang lalu, sudah semestinya kita telah terdedah dengan situasi yang mana memerlukan kita semua duduk di rumah sekiranya tiada hal penting.

Dalam masa yang sama, kita juga sudah mengetahui bahawa sesiapa yang memakai gelang berwarna pink mahu pun putih perlu menjalani kuarantin di rumah atau mana-mana pusat kuarantin yang telah disediakan.

Namun sayangnya, masih ada lagi golongan yang seakan-akan tidak faham bahasa dengan selamba keluar rumah walaupun sedang memakai gelang berwarna pink.

Penerbit Sheila Rusly ada kongsikan satu foto kiriman daripada salah seorang kenalannya yang menunjukkan seorang wanita yang memakai gelang berwarna  masih lagi berdegil keluar berkeliaran ke pasar.

Disebabkan itu, ramai pengikutnya di laman Instagram turut berasa berang dengan perbuatan tersebut dan sempat ‘sekolahkan’ wanita tersebut.

Mana tidaknya, tidak mustahil wanita tersebut akan menyebarkan virus lebih-lebih lagi beliau berada di pasar yang mana tempat berkumpulnya ramai orang.

Walaubagaimanapun, jika seseorang itu memakai gelang berwarna putih atau pink tidak semestinya menandakan individu berkenaan merupakan salah seorang pesakirt COVID-19.

Tetapi sudah semestinya  individu berkenaan sudah menjadi salah seorang yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif.

Diharapkan perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang, sudah banyak kali pihak berkuasa mengingatkan kita tentang perkara ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Instagram Sheila Rusly

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Mak Siapa Ni?” P4kai Gelang Pink Beli Ikan, Sheila Rusly Bvat R4mai Sek0lahkan Makcik Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*