Rentas Daerah Sem4ta-M4ta Nak Beli Emas, Dua Wan1ta Men4ngis Kna Komp4un

GEORGETOWN: Dua wanita yang merentas daerah semata-mata mahu mengunjungi sebuah kedai barangan kemas di Kompleks Bukit Jambul, Sungai Nibong di sini menerima padah apabila mereka dikompaun sebanyak RM5,000.

Wanita berusia 20-an dan 50-an itu antara sembilan individu yang ditahan dalam Operasi Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijalankan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPD TL) mulai pukul 2 petang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita tersebut datang secara berasingan iaitu dari Balik Pulau dan Bayan Lepas di daerah Barat Daya.

Menurutnya, mereka gagal memberikan sebarang alasan munasabah kepada pihak polis berhubung kehadiran mereka ke premis berkenaan.

“Semasa operasi dijalankan, dua wanita terbabit sedang berurusan dengan jurujual premis berkenaan.

“Mereka tidak melarikan diri tetapi mungkin tidak menyangka polis akan bertanya mengenai lokasi mereka datang selain melakukan pemeriksaan imbasan MySejahtera serta pemakaian pelitup muka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kompaun dikenakan mengikut kesalahan di bawah peraturan 4(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021 iaitu ingkar arahan kawalan pergerakan (merentas daerah tanpa kebenaran).

Dalam pada itu jelasnya, turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 adalah tujuh lagi individu termasuk empat warga asing selepas didapati tidak memakai pelitup muka serta mengimbas kod MySejahtera.

“Mereka yang tidak mengimbas kod MySejahtera itu berada di premis yang beroperasi di luar pasar raya berkenaan.

“Mereka mengakui sudah melakukan SOP yang ditetapkan pengusaha premis, namun apabila diperiksa sebenarnya tidak berbuat demikian,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:utusan

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rentas Daerah Sem4ta-M4ta Nak Beli Emas, Dua Wan1ta Men4ngis Kna Komp4un"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*