“Siapa Bvli Ratu , Ratu Akan Ter4jang” Safiey Illias Mengakv S4lah Ceder4kan Baby Ara

Kuala Lumpur: Usahawan kosmetik, Safiey Illias bakal menghadapi hukuman penjara selama tujuh tahun atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Instafamous dikenali sebagai Baby Ara.

Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Ilias, 27, ketika dihubungi berkata, dia mengaku bersalah dan tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.

“Sepanjang 15 kali sebutan kes dan sambung bicara, saya sentiasa beri kerjasama dan hadir pada waktu serta tarikh yang ditetapkan.

“Lagipun isu ini tidaklah besar mana. Kalau tidak, tak mungkin pertuduhan pindaan diterima.

“Sebagai tanda syukur, berterima kasih dan hormat, saya terus mengaku salah selepas pertuduhan pindaan dibacakan,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Safiey, dia juga menghormati orang yang mengaku salah atas kesalahan yang dilakukannya.

“Saya sangat hormat kepada orang yang terus mengaku salah dan tidak mahu panjang cerita.

“Orang yang bersedia menerima kesalahan sendiri sepatutnya dihargai dan diberi merit yang baik kerana mereka sedar akan kesalahan yang sudah mereka buat,” katanya.

Safiey hadir ke Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, B Rajdeep Singh.

Terdahulu, Safiey didakwa mencederakan Baby Ara atau nama sebenarnya Farahnazikha Karab Hussain, 26, di sebuah restoran di Jalan Liew Weng Chee AU2 pada 15 Januari 2018.

Turut terbabit sama adalah bekas pembantu peribadinya.

Majistret Tawfiq Affandy Chin menjatuhkan hukuman denda RM1,800 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mahkamah juga membenarkan ikat jamin kepada pertuduhan kes sebelum ini sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:my metr0

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Siapa Bvli Ratu , Ratu Akan Ter4jang” Safiey Illias Mengakv S4lah Ceder4kan Baby Ara"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*