“Suspek Bel4ko Ni” Bers0rak Lepas S4h P0sitif C0VID-19, G4dis Ini Tampil M0hon Maaf Dan Beri Penjel4san

Perasaan bercampur baur apabila melihat rakaman video yang tersebar di laman Twitter, menunjukkan satu keluarga di dalam sebuah kenderaan yang bersorak kegembiraan selepas mereka disahkan positif COVID-19.

Video tersebut telah dimuat naik sendiri oleh seorang gadis di laman Instagram miliknya sebelum ia disebarkan di laman Twitter.

Disebabkan video tersebut, ramai warganet berasa berang selepas melihat gadis berkenaan bersorang sambil bertepuk tangan sambil melihat bapanya membuat swab test.

Pelbagai komen kecaman diterima oleh gadis berkenaan akibat perbuatan ‘luar biasanya’ itu.

Namun disebalik gelak-tawa itu, gadis tersebut telah tampil membuat permohonan maaf dan menjelaskan situasi sebenar.

Menurutnya, tujuan mereka sekeluarga bersorak ialah bagi memberi menceriakan bapanya yang tidak mahu membuat swab test, jadi dengan cara itu sahaja yang beliau boleh lakukan bagi memujuk bapanya itu.

Dalam masa yang sama, beliau turut kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab individu yang telah menyebarkan video tersebut dan meminta supaya orang ramai meletakkan diri mereka di tempatnya.

Tak kira lah untuk memberi semangat sekali pun, dalam keadaan kes yang semakin meningkat ini kita sepatutnya lebih menjaga sensitiviti sebagai seorang manusia.

Apa pun, semoga kita semua dijauhkan daripada virus COVID-19 ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Twitter

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Suspek Bel4ko Ni” Bers0rak Lepas S4h P0sitif C0VID-19, G4dis Ini Tampil M0hon Maaf Dan Beri Penjel4san"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*