Lagi Cerita Kvtip Bvah Di Australia Dap4t gaji RM22k

Biarpun sudah banyak artikel tersiar mengenai penipuan kerja mengutip buah di Australia, namun masih ada yang percaya dengan cerita-cerita kemewahan pekerjaan tersebut.

Masakan tidak, kebanyakan cerita sebegini datang daripada mereka yang pernah bekerja di sana lalu membuatkan ramai yang bercita-cita mahu ke sana juga.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter menceritakan pengalamannya bekerja mengutip buah dengan gaji 7,000 AUD dan apabila ditukar mata wang ringgit ke Malaysia, lebih RM22,000. Lumayan kan, tapi…

Foto : Twitter

Bagaimanapun, ianya dibantah oleh segelintir netizen lain yang berpendapat ianya hanyalah omongan kosong semata-mata. Sudah ramai yang terpedaya dengan ejen penipu yang akhirnya membiarkan pencari kerja terkongtang kanting di sana.

Jika ada yang berjaya mendapat pekerjaan sekalipun, keadaan mereka yang bekerja sangat teruk, mungkin lebih teruk dari pekerja asing di Malaysia, kerana susahnya mencari makanan halal.

Foto : Libur

“Kawan aku yang try kerja ni, bagitahu dorang disumbat ke rumah yang sesak bercampur segala jenis kerakyatan sampai babi pun penuh dalam rumah. Dilayan macam hamba, kena marah even berehat sekejap. Benda ni pun masuk dalam news kat sana sebab majikan bayar terlalu rendah. Tapi orang kita tetap hadap. Dah gigih pergi overseas mesti la nak nampak hebat.”

Bagaimanapun, pembuka cerita telah memberitahu hal yang sebenar iaitu dia hanya bekerja separuh masa kerana belajar di sana. Jadi, adalah tidak berbaloi untuk mereka yang dari Malaysia bekerja di Australia sebagai pengutip buah.

Foto : Twitter

Namun, hal ini tetap tidak menafikan fakta bahawa orang Malaysia sukar ke Australia setelah dibanjiri mereka yang bekerja di sana secara haram.

Foto : Libur

Jadi, sama-sama kita nantikan, apakah selepas pandemik Covid-19 yang akan berakhir nanti, kita tetap sukar ke sana. Apa pendapat anda?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Lagi Cerita Kvtip Bvah Di Australia Dap4t gaji RM22k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*