PM Umum Menteri, Timbalan Menteri Tidak Akan Ambil Gaji 3 Bulan Bermula Jun 2021

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu, barisan Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun.

Menurut beliau, gaji yang tidak diambil itu akan disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

“Sepertimana yang telah diamalkan semasa PKP pertama tahun lalu, saya ingin memaklumkan tanda sokongan barisan Menteri dan Timbalan Menteri dengan tidak mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun 2021.

“Keputusan untuk melaksanakan lockdown ini adalah satu keputusan yang sukar tetapi terpaksa dibuat. Sama ada lockdown yang dilaksanakan ini akan berjaya atau tidak semuanya terserah kepada saudara dan saudari serta ketentuan Ilahi”

“Kerajaan telah menutup hampir semua sektor ekonomi dan sosial untuk mengurangkan pergerakan rakyat dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: Bantuan PKP 3.0 malam ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "PM Umum Menteri, Timbalan Menteri Tidak Akan Ambil Gaji 3 Bulan Bermula Jun 2021"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*