Tanpa Prot0kol Dan Hanya Berk4in Pelik4t R0nda KL, Ismail Sabri Yaakob Dapat Pujian Wargamaya

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencuri perhatian wargamaya apabila memandu kereta sekitar bandar Kuala Lumpur bagi memantau keadaan hari pertama pelaksaan total lockdown yang bermula semalam.

Menerusi laman sosial Instagram, Ismail Sabri berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.

“Saya sungguh terharu. Sempat saya meronda melihat sendiri keadaan kotaraya malam tadi. Saya puji sikap anda semua yang memberi kerjasama stay home.

“Juga, berhenti di sekatan jalan raya (SJR) bertanyakan khabar kepada frontliner. Insya-allah, kita fight together guys,” tulis beliau di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 38 saat itu lagi, Ismail Sabri hanya mengenakan kain pelikat dan tshirt meronda sekitar jalan-jalan utama di Kuala Lumpur dan sempat menyapa anggota polis yang bertugas di SJR.

Lebih menarik perhatian, lagu Sakit nyanyian Zynakal bersama Yonnyboi turut dijadikan lagu latar bagi video tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, video tersebut telah meraih pujian dan maklum balas yang positif daripada wargamaya.

“Bagus pemimpin macam datuk. Turun padang, rakyat sayang pemimpin yang prihatin. Tahniah datuk,” puji seorang wargamaya.

“Yang ni i salute. Terbaik dato. Keluar dengan kain sarung je. Kalau orang lain dah acah-acah keluar dengan beg LV, Gucci, Chanel dll,” kata seorang wargamaya.

“Pakai kain pelikat je tau ronda kotaraya, macam ayah-ayah kita kan,” ujar seorang wargamaya.

“Mantap pak long. Sangat bersahaja walaupun menjalankan tugas,” komen seorang wargamaya.

“Datuk cuba ronda pagi, paling tidak pun tengahari. Nak tengok jugak ramai ke duduk rumah,” cadang seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 120,000 tontonan daripada wargamaya.

Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ismailsabri60 (@ismailsabri60)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Tanpa Prot0kol Dan Hanya Berk4in Pelik4t R0nda KL, Ismail Sabri Yaakob Dapat Pujian Wargamaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*