“Eidrees Bakal Jadi Abang..”Anzalna Nasir Beri Hint Mengandvng Lagi

Begitu cepat masa berlalu, kini anak lelaki kepada pelakon dan model terkenal di Malaysia iaitu Anzalna Nasir sudah semakin membesar dan lincah, malah baharu sahaja menyambut hari jadinya yang ke 2 tahun pada 31 Mei lalu.

Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram milik Anzalna, beliau telah memuat naik foto anak lelakinya, Mohamad Eidrees itu dengan kapsyen seakan memberi hint bahawa Eidrees bakal mendapat adik!

Lihat hantaran itu di sini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88)

Menulis ringkas di ruangan kapsyen :

” Tiba-tiba dah 2 tahun, tiba-tiba dah ada adik ehh! Big boy dah Mohamad Eidrees. Swipe left”

Pantas kapsyen itu mengundang perhatian ramai yang turut ikut sama teruja dengan perkhabaran gembira itu.

Namun jika melihat kepada komen-komen yang diterima, Anzalna dilihat membalas ringkas dan menidakkan perkara itu.

Apa-apa pun kami doakan jika betul tuan empunya badan ni sudah berisi anak yang ke-2, semoga segalanya dipermudahkan dan bayi itu sihat. Amin!

Untuk rekod, Anzalna selamat diijabkabulkan dengan teman lamanya yang juga seorang ahli perniagaan, Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata sulung lelaki selepas tiga tahun berkahwin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Anzalna Nasir

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Eidrees Bakal Jadi Abang..”Anzalna Nasir Beri Hint Mengandvng Lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*