“Saya Sedia Bers4ra Jika Sudah Tid4k Diperlvkan Lagi”

Pelakon dan pengarah Farid Kamil mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya sudah bersedia untuk bersara daripada indudsti hiburan pada bila-bila masa.

Menurut Farid, keputusan itu dibuat bukan kerana kontroversi terpalit sebelum ini tetapi apabila dia sudah lagi tidak diperlukan dalam industri seni.

“Saya sudah bersedia untuk bersara pada bila-bila masa jika sudah tidak diperlukan lagi. Apakan daya, takdir juga menentukan segala-galanya.

“Sebagai pelakon, modal kita pada instrumen iaitu tubuh badan. Kalau tidak mampu memberikan alunan atau getaran sama, bermakna di situlah titik yang menjadi pemisah untuk bersara atau sebaliknya,” katanya.

Kata Farid lagi, dia membuat keputusan untuk meninggalkan dunia seni memandangkan impiannya sudah hampir terlaksana. Ujarnya, dia sudah membintangi 60 buah filem dan hampir sama dengan rekod Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Impian saya membintangi 100 filem. Sedar tak sedar hingga hari ini, saya sudah membintangi 60 filem, lagi enam akan menyamai rekod Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Lagipun sebagai hero filem di Malaysia, sejauh mana seseorang pelakon mampu bertahan? Apapun, ia berbalik kepada rezeki masing-masing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Farid berkata anak sulungnya, Muhammad yang kini mengikut jejak langkahnya menceburi dunia perfileman memberi isyarat dia sepatutnya mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.

“Apabila bercakap soal pelakon bersara ini agak sukar kerana tiada peringkat umur tertentu untuk berbuat sedemikian. Tetapi, apa yang saya cuba disampaikan adalah saya sudah bersedia.

“Tindakan menampilkan hero baharu iaitu anak sulung, Muhammad, 8, dalam filem Remp-It 2 secara tidak langsung menunjukkan saya boleh meninggalkan legasi kepada anak dalam bidang seni,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Bh Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Sedia Bers4ra Jika Sudah Tid4k Diperlvkan Lagi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*