‘Gelaran Ustaz Ini Tiada Apa-Apa Kelebihan Pun, Hakik4tnya Semua Manvsia Sama’ – Suhaimi Saad

Suhaimi Saad baru-baru ini mengumumkan “meletak jawatan” dari menjadi penyanyi nasyid serta meminta orang ramai tidak memanggilnya ustaz sebaliknya lebih selesa menggunakan nama biasa.

Ini kerana baginya, panggilan ustaz satu gelaran yang tidak memberi apa-apa makna pun kerana hakikatnya manusia semua sama sahaja.

Tambah bekas anggota kumpulan InTeam itu lagi, pengalamannya selama 21 tahun berada dalam industri seni, dia telah bertemu dengan pelbagai ragam manusia.

“Hakikatnya semua manusia sama. Apapun gelaran atau genre yang kita bawa, itu tidak akan memberi kelebihan pada kita sama ada di dunia mahupun akhirat.

“Ia kerana Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran atau jenis muzik yang kita bawakan. Jika niat baik, senikata dan cara penyampaiannya, maka baiklah balasan yang akan kita terima.

“Sebaliknya kita tidak akan pernah menjadi maksum hanya kerana kita membawakan lagu-lagu nasyid dan ketuhanan atau hanya dengan meletakkan gelaran ustaz di awal nama kita,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Suhaimi lagi, ustaz hari ini tidak lagi seperti ustaz dahulu.

“Sekarang kita ada macam-macam ustaz antaranya ustaz segera ,ustaz kaki perempuan, ustaz mencabul, ustaz tipu duit umrah dan pelbagai jenis ustaz lagi.

“Apakah kita harus bangga dengan gelaran ustaz? Dulu ustaz adalah satu gelaran yang sangat terhormat dan mulia di mata masyarakat,”

Menurutnya, yang paling utama bukan gelaran sebaliknya akhlak dan amalan yang dibuat. Itu yang perlu sama-sama kita rebut, usaha dan buktikan,” katanya.

Ya mungkin ada kebenaran juga apa yang dikatakan oleh Suhaimi berkenaan Allah tidak menilai seseorang berdasarkan gelaran namun dari sudut lain pula, panggilan ustaz itu mungkin sebagai tanda menghormati ilmu yang dimilikinya sebagaimana maksud ustaz itu sendiri adalah guru agama (lelaki).

Apapun, itu pendapat masing-masing, apa pula pendapat korang?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:CARI

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Gelaran Ustaz Ini Tiada Apa-Apa Kelebihan Pun, Hakik4tnya Semua Manvsia Sama’ – Suhaimi Saad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*