‘Saya Ingat B4tuk Sebab Budu, Rupanya Positif Cov1d-19’

“Saya sangkakan b4tuk teruk disebabkan gemar makan budu tapi rupanya ia gej4la Cov1d-19,”

 

Kata warga emas, Maimunah Dolah, 72, yang juga bekas pes4kit Cov1d-19.

Maimunah yang berasal dari Kampung Pulau Seratus, di sini, berkata, dia diser4ng d3mam beberapa hari selepas Aidilfitri lalu dan batuk berterusan.

“Saya ingatkan sebab banyak makan budu tapi ia datang dengan demam yang membuatkan tubuh berasa lemah dan tidak bermaya.

“Beberapa hari selepas itu, kami penduduk di gugusan pulau di sini diarahkan menjalani ujian calitan di sebuah sekolah tapi saya tidak larat langsung untuk bangkit menyebabkan petugas kesihatan terpaksa datang membuat ujian di rumah sebelum saya disahkan positif Cov1d-19,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 

Maimunah berkata, dia seterusnya dijemput oleh petugas kesihatan dengan menaiki bot menuju ke tanah besar untuk dibawa ke Pusat Kuarantin dan R4watan Cov1d-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa untuk dikuarantin.

Dia yang baru tamat tempoh kuarantin semalam ditemui di Jeti Kok Majid, di sini, selepas dihantar oleh ambulans dan menaiki bot pasukan bomba untuk dibawa pulang ke rumah.

Pengalaman perit sama dialami Wan Noraziah Wan Mohd Nawi, 32, dari Kampung Teluk Renjuna yang tidak menyangka d3mam dialami anaknya, Che Muhammad Aidil Mustakim Che Mohd Razali, 3, adalah s1mptom j4ngkitan w4bak itu.YOU MAY LIKE

Dia berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu pernah d3mam panas sehingga kejang menyebabkan dia segera memberi ubat sebelum suhu badan mulai surut.

“Tapi kali ini keadaan demamnya agak berlainan yang mana selepas habis kesan ubat diberi, suhu kembali naik malah d3mamnya tidak juga kebah sehinggakan tubuh lemah dan berjalan pun terhuyung-hayang.

“Selepas ujian calitan dibuat, anak saya positif Cov1d-19 dan perlu dibawa ke PKRC. Memandangkan dia masih kecil, saya perlu menemaninya semasa dikuarantin di Pusat Latihan Hospital Tumpat.

“Dalam keadaan saya yang negatif j4ngkitan, agak risau juga berada dalam kelompok mereka yang positif kerana w4bak itu sangat berb4haya malah boleh dikatakan sepanjang masa saya memakai pelitup muka bagi mengelakkan terkena jangkitan dan Alhamdulillah, segalanya selamat malah anak saya juga kembali sihat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hmetr0

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "‘Saya Ingat B4tuk Sebab Budu, Rupanya Positif Cov1d-19’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*