Farid Kamil berd0a ‘Sejarah Hit4m’ Tak Akan Berulang

FARID Kamil bersama Mimi Lana dalam drama terbaru mereka berjudul Masih Ada Rindu.

Kuala Lumpur: Pelakon Farid Kamil, 40, yang disabitkan kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis dengan niat untuk menghalangnya melakukan tugas dua tahun lalu menyerahkan perjalanan karier seninya pada ketentuan Allah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)


Farid berkata, Allah lebih mengetahui baik buruk dan apa seterusnya yang akan terjadi kepadanya.

“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur selepas pengalaman-pengalaman yang saya alami, secara tidak langsung memberi kematangan dalam hidup saya. Ia juga memberi satu rahmat berbeza yang tidak pernah saya rasa sebelum ini.

“Saya tidak pernah rasa takut untuk hidup. Saya tidak pernah rasa malu kerana saya tahu di mana saya berdiri. Kebenaran juga pasti akan wujud,” katanya menerusi sidang media secara maya bagi mempromosi drama bersiri Masih Ada Rindu yang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3 bermula, hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)


Ia turut disertai pengarahnya Osman Ali dan pelakon Dayang Areeda.

Drama terbitan Nuansa Sdn Bhd adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie ini turut menampilkan lakonan Mimi Lana, Halim Radzi, Aishah Ilias, Fahmy Reza, Aleza Shadan, Rahim Jailani dan Kuna.

Farid yang dijatuhi hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2 Jun tahun lalu mengakui tidak tertekan dengan apa yang berlaku.

“Saya tidak nampak apa-apa masalah kerana kalau saya keluar ke mana-mana pun masyarakat tetap melayan saya seperti biasa dan seperti dulu.

“Namun, saya juga bersedia untuk bersara pada bila-bila masa. Kalau tidak diperlukan lagi, apakan daya kerana sebagai seorang pelakon modal saya adalah kepada instrumen kita iaitu tubuh badan kita. Sekiranya tubuh badan tak mampu beri alunan atau getaran yang sama lagi, bermakna di situlah titik yang menjadi pemisah saya bersara ataupun tidak,” katanya.

Menurutnya, jika terjadi ia bukanlah kerana tekanan masyarakat tetapi kerana dia sudah membintangi 60 filem dan hampir menyamai jumlah lakonan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

“Lagi enam filem saya akan menyamai P Ramlee. Sebagai hero filem di Malaysia, sejauh mana dia mampu bertahan adalah berbalik kepada rezeki masing-masing. Saya seorang yang reda dan terima ketentuan apa yang terjadi kepada saya serta apa yang akan terjadi selepas ini,” katanya.

Mengulas kontroversi sebelum ini, Farid berkata, dia sentiasa berdoa supaya ia tidak akan berulang lagi. “Sudah tentu saya mengharapkan tidak berlaku lagi. Saya juga sentiasa berdoa agar kehidupan saya dijauhkan daripada orang-orang yang sebegitu lagi kerana rambut sama hitam hati lain-lain.

“Susah nak cakap tapi pengalaman ini sudah mengajar saya erti kehidupan yang sebenar,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Farid Kamil berd0a ‘Sejarah Hit4m’ Tak Akan Berulang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*