Ayda Jebat B0ngkar Suami Masih Simpan Cincin Tunang Bek4s Kek4sih

Hampir 6 bulan mendirikan rumah tangga, namun nama pasangan pelakon dan pengacara terkenal, Ayda Jebat dan Nabil Mahir tidak lekang diperkatakan dan menjadi perhatian netizen dek kerana ‘ke1gilaan’ mereka sebagai pasangan suami isteri.

Mengikuti perkembangan terbaharu, Ayda baru-baru ini telah membuka ruangan ask me a question kepada pengikut di laman Instagram miliknya untuk bertanyakan apa sahaja soalan mengenai suaminya itu.

Antara soalan yang diterima adalah adakah Nabil seorang yang kuat cemburu? Ini jawapan Ayda.

Haaa nampaknya Nabil lebih kepada manja daripada cemburu ya!

Bukan itu sahaja, ada juga soalan berkaitan bekas kekasih Nabil, tetapi tidak pasti ‘bekas kekasih’ yang mana satu, adakah kekasih lama yang juga seorang pelakon, iaitu Sarah Hildebrand?

Lihat jawapan ‘slumber’ Ayda :

“Nabil pernah putus tunang kan sebelum ni?” – netizen

Tampil menjawab ringkas, Ayda memberitahu bahawa suaminya itu tidak pernah putus tunang kerana tidak ada jodoh bersama pelakon berkenaan.

Namun apa yang mengejutkan, Ayda meminta Nabil untuk menyimpan cincin tunang bersama bekas kekasihnya itu sebagai tanda kenangan!

Malah, penyanyi yang popular dengan lagu Parah ini mendedahkan kepada umum bahawa Nabil tidak pernah putus tunang tetapi pernah putus cinta beberapa kali, namun tidak lagi selepas berkahwin dengannya.

Sporting juga ya Ayda dalam bercakap mengenai ‘kisah lama’ suaminya itu!

Apa-apa pun kami  mendoakan semoga Ayda dan Nabil kekal bahagia hingga ke Jannah dan semoga bayi yang dikandung sihat, comel dan dilindungi Allah SWT.

Untuk rekod, dengan sekali lafaz, Ayda sah menjadi isteri kepada Nabil di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail pada 1 Januari 2021.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ayda Jebat B0ngkar Suami Masih Simpan Cincin Tunang Bek4s Kek4sih"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*