Belvm 10 Bulan Dah Pandai Bertatih, R4mai Kag0m An4k Fasha Sandha Cepat Belajar Berjalan

Memang seronok bila kita sebagai ibu bapa ni dapat tengok perkembangan anak kita depan mata, dari dia lahir sampailah dah besar. Memang rasa sekejap je masa berjalan, tahu-tahu anak kita dah pandai berjalan, berlari semua. Bagi golongan selebriti pula, perkembangan anak mereka bukan sahaja dirasai oleh mereka, malah oleh para peminat juga yang mengikuti perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa.

Itulah yang sedang dirasai oleh pelakon, Fasha Sandha sekarang apabila anaknya yang baru berusia sembilan bulan lebih dilihat sudah pandai bertatih. Fasha berkongsi perkembangan anaknya, Aisha Aimara, di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Belum 10 bulan dah pandai bertatih. I’m proud of you baby girl,” ujar Fasha di ruangan kapsyen.

Memang agak cepat juga Aisha sudah belajar berjalan. Sementara itu, rata-rata wargamaya memuji anak Fasha yang sudah pandai bertatih-tatih dalam usia yang tidak sampai 10 bulan. Dalam masa sama, ayah kepada Aisha iaitu pelakon Aidil Aziz turut berkata cepat anaknya sudah boleh berjalan.

Tidak kurang juga ramai yang memuji kecomelan dan kecantikan Aisha. Mungkin wajah Aisha tempias daripada kecantikan ibunya sendiri. Bila dah comel sangat, pandai bertatih pun boleh buat orang geram. Apa-apa pun semoga Aisha Aimara membesar dengan sihat dan baik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Hot fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Belvm 10 Bulan Dah Pandai Bertatih, R4mai Kag0m An4k Fasha Sandha Cepat Belajar Berjalan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*