“Maaf Maaf,Line Saya Tak Berapa Clear..”Video Lawak Zizan Disuruh Baca Doa Penutup Majlis

Kumpulan lawak Senario banyak mewarnai hidup kita dengan jenaka yang mereka sampaikan. Selepas kumpulan Senario, muncul pasangan duo Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan.

Selepas sekian lama tidak mendengar jenaka dari dua kawan baik ini, mereka tampil dalam satu video berunsur keagamaan. Sebelum video itu tamat, Johan sempat menyakat Zizan untuk membaca doa penutup. Reaksi spontan Zizan dalam video tersebut buat ramai orang terhibur. Korang boleh tengok reaksi Zizan dan video @zaimabed kat bawah ni.


Tiba-tiba line tak clear

Program yang dihadiri Ustaz Syamsul Debat, Zizan, Johan dan isterinya Ozlynn telah diadakan secara dalam talian akibat pandemik Covid-19. Tengok Johan menyakat Zizan hilang terasa rindu nak tengok dorang beraksi atas pentas.

Itu lah, pakai tak nak kalah, sekali minta baca doa penutup dan-dan lah line tak clear pulak. Ada-ada je alasan Zizan ni.

Min pun rindu nak menyakat kawan macam dulu. Minta-minta lah pandemik ni cepat habis, untuk kebaikan sosial kita semua.

Lawak spontan macam ni memang Jozan champion lah. Dorang dua ni memang ada je idea nak menyakat satu sama lain. Terhibur semua dibuatnya. 

Yang masih ada online class atau meeting time WFH ni jangan buat macam Zizan pulak ye. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Maaf Maaf,Line Saya Tak Berapa Clear..”Video Lawak Zizan Disuruh Baca Doa Penutup Majlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*