Ramai Tak Sabar Nak Balik Kampung, PM Akhirnya Bagitahu Bila Boleh Balik

RAKYAT Malaysia yang sudah tidak sabar-sabar untuk pulang ke kampung menziarahi ibu bapa diminta untuk bersabar sedikit masa lagi sehingga negara mencapai tahap immuniti kelompok yang dijangka berlaku selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Berucap dalam perutusan khas mengenai Pelan Pemulihan Negara hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keutamaan pada masa kini terarah kepada usaha untuk memutuskan rantaian j4ngkitan c0v1d-19 terlebih dahulu.

Sabar dulu, selewat-lewatnya hujung tahun ini

“Saya sering menerima permintaan supaya acara-acara sukan seperti perlawanan bola sepak dengan kehadiran penonton di stadium dibenarkan, majlis-majlis sosial diadakan dan paling banyak saya terima ialah rayuan untuk balik ke kampung untuk menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan ahli keluarga tersayang.

“Sabar dulu.

“Pada masa ini, perkara-perkara ini masih tak dapat kita lakukan. Kita mesti utamakan usaha untuk memutuskan rantaian jangkit4n c0v1d-19 dahulu,” katanya.

Menurut beliau aktiviti-aktiviti ini dijangka dapat dilakukan secara berperingkat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat apabila negara mencapai tahap imuniti berkelompok iaitu apabila memasuki Fasa keempat, pelan pemulihan negara.

Muhyiddin terdahulu membentangkan strategi Pelan Pemulihan Negara iaitu satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pand3mik c0v1d-19.

Menurutnya peralihan dari satu fasa ke fasa yang berikutnya akan dilakukan secara berperingkat berpaksi kepada data yang bersandarkan kepada tiga indikator ambang utama.

“Indikator pertama ialah keadaan penularan c0v1d-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes j4ngkitan harian.

“Indikator ke dua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katill di wad ICU dan indikator ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua d0s suntik4n v4ksin,” katanya.

Menurutnya fasa keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana masyarakat boleh kembali semula kepada norma kehidupan seharian dan ekonomi akan dibuka serta lebih banyak aktiviti sosial dan pelancongan domestik juga akan dibenarkan.

“Fasa ini dapat dilaksanakan apabila kes Cov1d-19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program v4ksinasi telah capai tahap imuniti berkelompok atau heard immunity selewatnya pada akhir tahun ini,” katanya.

Pelan Pemulihan Negara… ketahui fakta 4 fasa diumum PM

PERDANA Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara iaitu strategi peralihan keluar secara berfasa dari pand3mik Covd-19.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan dengan empat fasa itu dirangka secara berdasarkan data dan sains untuk membolehkan masyarakat kembali kepada kehidupan harian biasa.

Fasa 1

– Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah purata kes harian c0v1d-19 menurun di bawah 4, 000 kes.

– Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana.

– 10 peratus populasi telah menerima 2 dos svntikan v4ksin.

Fasa 2

– Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis.

– Hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.

– Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor.

– Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Fasa 3

– Semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang beris1ko tinggi untuk j4ngkitan c0v1d-19 yang masih ditutup.

– Boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold seperti purata kes harian c0v1d19 menurun ke paras bawah 2, 000 kes.

– Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi.

– 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua d0s suntik4n v4ksin.

– Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021.

– Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai neg4tif, iaitu aktiviti yang berisik0 tinggi.

– Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua.

– Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat.

– Semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.

Fasa 4

– Purata kes harian c0v1d-19 menurun ke paras bawah 500 kes.

– Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi.

– 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntik4n v4ksin.

– Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021.

– Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.

– Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.

Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Trendingsangat

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ramai Tak Sabar Nak Balik Kampung, PM Akhirnya Bagitahu Bila Boleh Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*