“Saya Mandikan Yusuf, Keknis Mandikan Alisa” Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Tak Ada Maid, Sepakat Bahagi Kerja Rumah

Pelakon Hairul Azreen, 33, mendedahkan dia dan isteri, Hanis Zalikha, 31, tidak mempunyai pembantu rumah bagi menolong mereka.

Menurut Hairul atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata dia dan Hanis sepakat untuk membahagikan tugasan kerja di rumah.

“Saya kena kemas rumah sebab kami tak ada pembantu rumah, sekali saja seumur hidup saya ada pembantu. Tu pun dah balik for good.

“Walaupun beras saya beli haha tapi cuci pinggan, vakum dan sapu satu rumah tu kerja saya. Kami bahagi tugas masing-masing. Keknis (Hanis) dia cuci baju, lipat kain semua la.

“Saya mandikan Yusuf, Keknis mandikan Alisa,” tulisnya di Instagram Stories.

Dalam posting yang berbeza, pelakon filem Paskal itu menunjukkan foto sinki yang dipenuhi dengan pinggan mangkuk yang belum dicuci.

“Kalau ada pembantu rumah, tak akan jadi macam ni,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, artikel Gempak pada 10 Jun mengenai cara Hanis mendidik Yusof dan Alisa telah menjadi ruang pertikaian netizen yang mendakwa pasangan ini mempunyai pembantu rumah.

Terdahulu, Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusof Iskandar, 4, dan Alisa Aisyah, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya Mandikan Yusuf, Keknis Mandikan Alisa” Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Tak Ada Maid, Sepakat Bahagi Kerja Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*