Rizalman Dedah Ada Selebriti D4lm IG Suka Meng4ta Dia, Sekali Zarina Zainuddin Masuk Komen

KUALA LUMPUR : Selepas insiden pengakuannya tidak makan ikan salmon baru-baru ini selain menghampakan peminat yang menghadiahkannya ikan tersebut, Datuk Rizalman muncul pula dengan sindiran baru menerusi perkongsiannya dalam Instagram (IG).

Menurut usahawan dan pereka fesyen itu, kerana sakit hati dengan rezeki golongan kaya, dia tidak menolak ada manusia atau individu menggunakan istilah istidraj sebagai senjata kata-kata mereka.

“Sebab itu, kadang-kadang manusia demi kerana sakit hati pada rezeki golongan kaya dan mereka yang melebihi akan menggunakan istilah istidraj untuk mengukuhkan pendapat cetek mereka tentang rezeki.

“Nilailah sesuatu situasi pada pandangan positif kerana ia selalu dihijabkan oleh iblis, hadamkan,”katanya.

Rizalman berkata demikian dalam satu perkongsian barunya semalam dalam akaun @rizalman71 yang dipercayai dijadikan jawapan balas kepada kecaman dan cemuhan warganet terhadapnya mengenai isu berbangkit kebelakangan ini.

Sebelum insiden tidak makan ikan salmon dan memberikan hadiah seorang peminatnya itu kepada kucing peliharaan, Rizalman juga mendapat cemuhan ramai kerana dikatakan tidak layak diangkat sebagai ilmuan atau pendakwah dek ciri-ciri biadabnya ketika berkata-kata.

Selain itu, katanya lagi, selama ini dia menggunakan pendekatan humor dan bercakap kasar ketika menyampaikan sesuatu perkongsian dalam IG, namun ada kalangan pengikut dan pengguna media sosial yang tidak faham sindiran ilmu daripadanya.

“Unsur cakap kasar dan humorlah yang saya jadikan sebagai umpan menarik manusia untuk meminati IG ini. Supaya terdapat dicelah-celahnya ilmu dan dakwah. Dan ini disengajakan.

“Pilu melihat IG beberapa saluran dakwah lain tiada sambutan kerana medium mereka berasaskan ‘walk the talk’. Sekiranya cara itu yang diingini, mengapa kurang diberi sambutan? Alhamdulillah, ‘perangkapku’ mengena,”katanya.

Turut memberi bayangan bahawa dia tidak akan lagi aktif menggunakan akaun Instagram (IG) sedia ada, Rizalman mungkin akan hanya aktif dalam media sosial menggunakan akaun peribadinya sahaja selepas ini.

“Para Nabi dan Rasul, Allah SWT utuskan sebagai pembawa berita gembira dan peringatan. Carilah maklumat tersebut dengan cara yang beria-ia, sebagaimana anda kena cari akaun IG peribadi saya yang lagi satu selepas ini untuk mendapat ilmu.

“Selamat mencuba. Duduklah anda semua mereput tunggu kemaskini dalam IG ini,”katanya.

Sejak beberapa hari yang lalu, nama pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim hangat diperkatakan selepas memadam semua hantaran di laman Instagram nya sebelum ini.

Nekad Untuk Terus ‘Private’ Instagram

Memberi petunjuk seakan-akan kecewa dengan sikap netizen dan pengikutnya yang kononnya terlalu taksub, Rizalman turut nekad untuk membuatkan Instagram nya dalam mod peribadi ‘privacy’ selain hanya akan berkongsi perkara yang berfaedah sahaja di akaunnya.

Zarina Titip Semangat

Susulan itu ramai peminat menitipkan kata-kata semangat buat nya untuk mengabaikan komen-komen negatif tersebut. Malah, pelakon Zarina Zainuddin menerusi ruangan komen salah sebuah hantaran Rizalman menyifatkan kecaman yang diterima pereka fesyen itu merupakan perbuatan deng ki daripada pihak yang cuba menjatuhkannya.

Dalam pada itu, Rizalman akui sudah menyekat akaun selebriti tertentu yang selama ini telah bercakap buruk mengenainya.

“Bukannya aku tak tau ada selebriti dalam Instagram ini yang mengata aku bagai nak rak. Tapi aku biar saja, tapi tadi dah block (sekat) dia..rasa lega betul” dedah Rizalman

Terdahulu, Murai.my melaporkan , Rizalman berpesan kepada pengikutnya untuk tidak meratapi perubahan yang dibuat malah dia menggalakkan mereka untuk berhenti mengikuti perkembangannya sekiranya terus bersikap demikian.Jelasnya kesilapan yang lalu membuatkan dirinya terus berubah dan turut berkata tiada lagi perkongsian seperti dahulu akan dibuat di akaun media sosial.

Merujuk tiga hantaran yang tinggal dalam Instagram tersebut, Rizalman atau nama lengkapnya Rizalman Ibrahim hanya meninggalkan hantaran berunsurkan keagamaan, termasuk sebuah hantaran menegur kelakuan pengikutnya dalam laman sosial.

TANGKAP layar Instagram Rizalman.

Bukan setakat itu, paparan pada bahagian bio dalam Instagramnya yang sebelum ini memaklumkan tentang makanan apa yang tidak dimakannya juga telah ditukar.

“Di sini bukan lagi panggung,” tulis Rizalman.

Berikutan tindakan Rizalman memadam hantaran dalam Instagramnya, ramai pengikut pereka fesyen tersebut tertanya-tanya punca lelaki itu berbuat demikian.

Bagaimanapun, rata-rata berpendapat bahawa pereka fesyen itu mungkin terasa hati dengan netizen apabila dia dihentam teruk baru-baru ini selepas dituduh terlalu ‘kayangan’ apabila tidak menghargai ikan salmon pemberian peminatnya.

Dalam kes tersebut, Rizalman memberitahu bahawa dia tidak pandai menjadikan ikan mahal sebagai makanannya. Dia cuba menjamu kucingnya dengan ikan salmon berkenaan, namun ditolak mentah-mentah si haiwan peliharaannya.

“Saya dah pesan dah jangan duk bagi benda-benda basah ni. Tak payah.

“Maaflah cik kak oi, walaupun saya memiliki beberapa buah istana dalam Malaysia tapi tidak makan ikan salmon. Tak reti nak makan. Ikan curut (sardin) cheq (saya) tahu. Tak apalah, mungkin Faizul dan Umar suka kot,” katanya.

Ekoran tindakannya sedemikian, ramai melahirkan rasa kurang senang terhadapnya dan mula ingin memboikot produk-produk keluaran pereka fesyen tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:TRENDINGSANGAT

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Rizalman Dedah Ada Selebriti D4lm IG Suka Meng4ta Dia, Sekali Zarina Zainuddin Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*