Rihana Petra Kongsi Identiti Individu Az4nkan Putera Ismail Leon?

Oksana Andreyevna Voevodina, 28 atau lebih dikenali dengan nama Rihana Petra telah berkahwin dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V pada Jun 2018 dan pada 21 Mei 2019 telah melahirkan putera sulungnya yang diberikan nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra sebelum dikatakan berpisah secara rasmi pada Julai 2019.

Baru sahaja berkongsi sambutan hari lahir Leon yang ke-2 tahun, terbaru Rihana memuat naik satu hantaran foto dirinya dan Dr Khavadi Suleimanova yang merupakan kenalan rapat keluarganya.

Kredit foto: Instagram Rihana Petra

Kredit foto : Instagram Rihana Petra

Baca Lebih Lanjut
Menerusi kapsyen yang ditulis, Rihana berkata Dr Khavadi merupakan individu yang banyak membantunya ketika dia berhenti mengambil pil hormon yang dikaitkan dengan masalah kegagalan hormon yang dialaminya yang turut sama dikaitkan dengan kehilangan berat badannya yang ketara sejak berusia 20 tahun.

“Saya telah mengambil pil-pil hormon tersebut bertahun-tahun sehinggalah saya berkahwin dengan bekas suami saya. Bila kami mula merancang kehamilan sudah tentu saya berhenti mengambil pil-pil hormon itu. Dr Khavadi sangat-sangat membantu ketika itu”, katanya

Menariknya, di penghujung kapsyen yang ditulis, Rihana berkata perkara paling penting berkaitan Dr Khavadi adalah dia merupakan individu yang menyambut kelahiran Leon.

“Paling penting, Hawadi yang menyambut kelahiran Leon. Jadi anda boleh lah katakan yang dia adalah ahli keluarga kami. Hawadi jugalah yang membacakan di telinga Leona azan yang sama seperti yang dilakukan oleh orang Muslim kepada bayi mreka yang baru dilahirkan. Terima kasih Dr Khavadi kesayangan kami kerana sentiasa ada di sisi kami”.

Mungkin penjelasan Rihana ini dapat menjawab persoalan samada Leon dilahirkan sebagai seorang Muslim ataupun tidak dan bagaimana kehidupannya tanpa Muslim yang bukan mualaf seperti Rihana. Hampir dua tahun netizen kelihatan tertanya-tanya di ruangan komen akaun instagram milik Rihana, diharapkan berpuas hatilah dengan jawapan Rihana itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Voevodina Oksana (@rihanapetra)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Rihana Petra Kongsi Identiti Individu Az4nkan Putera Ismail Leon?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*