Dafi Bagi Kata-Kata Semangat Kepada Elyana, Tapi Ada Yang Perli…Akhirnya Komen ‘Tuan Tanah’ Buat Semua Terdiam!

Umum mengetahui keadaan kesihatan penyanyi Elyana dan ramai yang telah menitipkan kata-kata semangat termasuk rakan-rakan selebriti.

Namun yang menarik perhatian adalah komen penyanyi Dafi kepada Elyana yang kemudiannya dimanipulasi oleh seorang netizen.

Komen Dafi yang bertujuan memberi kata-kata semangat kepada sahabatnya itu telah dibalas seorang pengikut sehingga melibatkan bapanya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Yaakob.

“Get well soon babe! Nanti kita lepak makan-makan okay…tapi kau yang mssak tau..hehehe..miss u,” tulis Dafi.

Bagaimanapun beberapa pengikut telah menulis komen balas seperti tidak berpuas hati gara-gara ayat Dafi mengajak Elyana ‘lepak makan-makan’.

Menerusi ruangan sama ramai pengikut lain menasihati warganet tersebut supaya tidak sewenang-wenangnya kerana Dafi hanya memberikan kata-kata semangat buat Elyana.

Elyana juga dilihat tidak berdiam diri malah memberikan respons dan meminta Dafi supaya tidak terkesan dengan komen yang dianggap kurang cerdik.

“@dafiismailsabri Dafi, jangan hiraukan comment kurang pelajaran tu ya..

“Kepada netizen,orang yang korang perli ni la yang ingat untuk mendokan saya dia depan Kaabah tanpa saya minta.

“Dia juga la yang buat surprise hantar suppliment yang dirasakan bagus untuk saya tanpa saya minta. Dia orang yang baik,” komennya yang telah mendapat hampir 600 tanda suka.

Komen tersebut kemudiannya dibalas tenang oleh Dafi.

“@elyanaofficial1 yang penting kita tau friendship kita kan babe..Tak diaorg suk-suka je tu…aku ok je…,” balas Dafi disertakan emoji senyum.

Sehingga hari ini Elyana sudah enam hari menjalani rawatan radioterapi kerana penyakit kanser limfoma tahap empat dihidapinya masih lagi memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Penyanyi Kalis Rindu itu juga dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam kerana kekurangan berat badan.

Doktor turut membekalkan ubat untuk menambah selera makan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Dafi Bagi Kata-Kata Semangat Kepada Elyana, Tapi Ada Yang Perli…Akhirnya Komen ‘Tuan Tanah’ Buat Semua Terdiam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*