Baju Penuh Dengan Muak Bayi, Ain Edruce Kongsi Cab4ran Berbeza Setelah Bergelar Ibu

Bergelar ibu bapa selepas kehadiran cahaya mata dalam hidup pastinya merupakan nikmat yang tidak ternilai serta menjadi pengalaman yang amat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Namun persoalannya adakah ibu bapa itu sudah bersedia dengan perubahan dalam kehidupan selepas mempunyai cahaya mata pertama?

Tidak dapat dinafikan, pengalaman yang pastinya berbeza apabila mempunyai kehadiran zuriat sebagai penyeri rumah tangga itu adalah sesuatu yang sukar digambarkan, apatah lagi tugas menguruskan anak bukanlah sesuatu perkara yang mudah lebih-lebih lagi bagi si ibu.

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil ataupun pernah berpengalaman mengandung sebelum ini pastinya mempunyai cerita yang tersendiri, ada yang menyifatkan perjalanan sepanjang berbadan dua itu mudah kerana tiada alahan teruk seperti mengidam atau ingin makan makanan yang sukar untuk dicari dan tidak diuji dengan penyakit kencing manis mahupun darah tinggi, pendek kata semuanya mudah belaka!

Tetapi ada pula yang menceritakan dugaan selepas melahirkan anak itu bahkan lebih sukar, tentu ada banyak cerita dan adengan menarik ketika menjaga bayi yang lebih lucu, mencabar, dan menggerunkan sepanjang adaptasi bergelar ibu.

Hal yang demikian disebabkan naluri ibu yang amat sensitif dan lebih cenderung melakukan pelbagai cara untuk memastikan anaknya untuk berasa selesa dan mengikut respon baik yang diharapkan.

Mengetahui hal itu, pelakon dan pengacara terkenal Ain Edruce telah berkongsi luahan pengalaman baharunya  dalam menjaga bayi sulungnya di laman Insta Story miliknya.

Dalam hantaran yang dimuat naik itu, Ain meluahkan bahawa dia terpaksa menghadapi beberapa situasi cemas di mana anaknya dikhabarkan kerap kali muntah di atas bajunya dan air susu pula digambarkan sering bersepah-sepah.

Selebriti yang baharu sahaja bergelar ibu ini merasakan dirinya seolah-olah seperti tidak terurus, mungkin bagi seorang ibu yang pertama kali menimang cahaya mata,  perasaan gusar jika bayi muntah-muntah itu merupakan sesuatu yang amat membimbangkan.

“Omaigod gais…selekehnya aku…selekeh rambut satu benda…baju penuh muak satu benda…susu merata-rata satu benda…

Menurut sumber sebuah laman berita, lazimnya muntah yang dialami bayi adalah disebabkan oleh punca yang biasa dan tidak serius. Namun, para ibu dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk memastikan tiada masalah lain yang mungkin membahayakan bayi.

Antara sebab-sebab biasa bayi muntah selepas menyusu antaranya menjeluak apabila susu ibu terpancut dengan laju semasa refleks aliran melepas.

Hal yang demikian mungkin disebabkan oleh susu yang mengalir terlalu banyak manakala bayi yag minum pula terlalu kenyang atau otot injap bawah saluran makanan esofagus iaitu lower esophageal sphincter mungkin belum matang dan kuat.

What happened to me?? Normal ke jadi mak first time macam ni bersepah-sepah…”

Ain yang baharu sahaja bergelar ibu setelah menyambut kelahiran puteri sulungnya itu pada 19 Mei itu pastinya masih dalam tempoh menyesuaikan diri, jika dahulu sebelum ini selebriti ini banyak berkongsi video yang mempamerkan sisi glamour dirinya, namun kali ini lain pula yang diceritakan.

Dek kerana bayi yang masih kecil dan sememangnya memerlukan penjagaan dan pengawasan rapi 24 jam itu sudah tentu sukar buat dirinya untuk mendapatkan tidur yang nyenyak seperti zaman ‘bujangnya’.

Walau bagaimanapun, pengalaman manis ini pasti menjadi memori terindah yang tersemat rapi sebagai kenang-kenangan dalam usaha membesarkan seorang anak, sesungguhnya kasih ibu itu tiada nilai gantinya.

Bagi pengacara yang terkenal dengan sifat happy-go-lucky iaitu Ain Edruce, cahaya mata pertamanya itu telah mengajar dia menjadi seorang ibu yang penyayang dan penyabar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:hot fm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Baju Penuh Dengan Muak Bayi, Ain Edruce Kongsi Cab4ran Berbeza Setelah Bergelar Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*