Berhenti, Kalau Tak Noorkhiriah Hantar Van Jen4zah!

Bosan dan bengang asyik didesak melakukan promosi atau reviu produk kecantikan membesarkan payudara, pelakon berkaliber Noorkhiriah Shapie menyelar peniaga terbabit agar cukup-cukuplah dan berhenti berbuat demikian.

Noorkhiriah menerusi hantaran dalam Instagramnya bertegas, dia masih dengan pendirian untuk tidak melakukan ulasan produk yang mempamerkan aset wanita sebagai pelaris tersebut walaupun ditawarkan bayaran tinggi atau terdesak dengan kekurangan pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Foto: IG

“Akak ulang balik apa yang pernah akak beritahu dulu sebab masih ada yang mesej (DM) minta akak review produk-produk sedemikian.

“Korang tak ada perasaan ke suruh akak review produk macam tu. Walaupun dalam ekonomi yang tidak berapa best sekarang ni, pendirian akak tetap tak nak review produk membesar, menegang dan peluk-peluk segala tu.

“Simpan malu tu dik. Sebab akak memang tak nak. Tak usahlah DM berpuluh kali walaupun korang bayar mahal,” tulisnya.

Pada hantaran sama, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie turut berseloroh untuk menghantar van jenazah dan mengutip semua produk berkenaan jika pemiliknya masih berdegil dan tidak putus-putus memintanya membuat ulasan atau mempromosikan produk sedemikian.

“Kalau tak ada rasa malu dekat diri sendiri, malulah dekat Allah. Maaf andai terasa tetapi ini adalah pendirian akak,” katanya lagi.

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama bersiri Nur itu pernah memberi amaran kepada mana-mana peniaga agar tidak memintanya untuk reviu produk tidak senon0h dan berbaur luc4h.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Berhenti, Kalau Tak Noorkhiriah Hantar Van Jen4zah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*