“Forgive me for any mistakes, halalkan makan minum..” Caprice Berangkat Ke Gaza

Penyanyi rap dan usahawan Caprice akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Berita tersebut dikongsi Caprice menerusi hantaran terbarunya di laman sosial Instagram (IG), kira-kira pukul 10.30 malam tadi.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia mendapat kebenaran pada saat akhir namun berseorangan ke sana.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur dan memohon pengikut serta orang ramai mendoakan perjalanannya di permudahkan.

“Plese doa for me Malaysia. Last minute Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza…Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni,” katanya.

Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 600,000 tontotan dengan hampir 7,000 ribu komen sejak ia dimuat naik sembilan jam lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Selain itu Caprice turut meluahkan perasaan terpaksa meninggalkan kedua-dua ibu dan bapanya menerusi ruangan IG Story.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice berkata ibu dan bapanya memberikan sokongan serta berpesan supaya tidak menoleh ke belakang lagi selepas keputusan dibuat.

“Baru selepas ucapkan selamat tinggal kepada ibu dan ayah. Mereka kata bila dah niat untuk ke Gaza jangan toleh ke belakang lagi,” tulisnya.

Caprice sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengikut jejak pendakwah bebas Ebit Lew untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza.

Malah, dia yang sepatutnya berangkat pada awal Jun lalu terpaksa menangguhkan perjalanan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Dalam perkembangan lain, semalam Caprice dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel, April lalu.

Sementara itu lima lagi selebriti yang juga tetamu pada majlis tersebut masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

Berikutan keputusan tersebut Caprice reda dan akan membayar kompaun dikenakan syarikatnya Rindu Raudah Sdn Bhd namun terkilan kerana semuanya berpunca daripada seorang personaliti media sosial.

Caprice berasakan reputasi syarikatnya tercalar dan berasa tidak adil kerana orang lain terkena tempiasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Forgive me for any mistakes, halalkan makan minum..” Caprice Berangkat Ke Gaza"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*