“Bosan Bosan Bosan” – Bukan Fazura Tak Nak Berlakon Tapi Banyak Skrip Bosan

Lama tidak melihat Fazura di sebalik kaca televisyen (TV). Sudah tidak berlakon lagikah?

Kredit foto: IG

Rupa-rupanya, belum ada naskhah yang berjaya menambat hatinya. Jika ada pun, produksi pula tidak boleh menerima susunan jadual kerjanya selepas bergelar ibu.

Menerusi perkongsian dalam sesi siaran langsung di Instagram, isteri Fattah Amin itu mendakwa dia tawar hati dengan skrip dan jalan cerita yang hampir sama.

“Dah lama tidak berlakon. Masa itu belum kahwin lagi. Bukan apa, ada tawaran tetapi karakter dia macam cinta tiga segi, perempuan kena pukul, jadi mangsa. Bosan bosan..bosan. Skrip bosan, tak payahlah.

“Ada juga tawaran, macam seronok skrip berbeza, isu lain tetapi tidak boleh terima susunan kerja dan masa saya, jadi terpaksa kita tolak,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Kredit foto: IG

Fazura bagaimanapun akan mempertimbangkan tawaran sekiranya dia berpuas hati dengan jalan cerita, skrip dan komitmen masa.

Agaknya, Fazura akan muncul dalam drama atau filem yang macam mana?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Bosan Bosan Bosan” – Bukan Fazura Tak Nak Berlakon Tapi Banyak Skrip Bosan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*