“Hensem Sangat , Jenuhla Nak Kep0ng Gewe Mesti Ada Kiri Kanan Ni” – Netizen

Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Mac Wilson merupakan pasangan pelakon, model dan selebriti yang popular di Malaysia. Pasangan berkenaan bertemu dan berkenalan ketika berlakon dalam drama yang sama. Berkenalan mereka akhirnya membawa ke jinjang pelamin apabila mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga pada 20 Februari 2020. Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki pada 5 Januari yang lalu.

Mereka berdua membuat keputusan untuk menyambut kelahiran anak pertama itu di Perth Australia kerana Zahirah mahu menjalani tempoh berpantang bersama ibunya di sana.

Pasangan berkenaan bagaimanapun mengambil masa sehingga Zahirah habis menjalani tempoh berpantang iaitu sekitar bulan Mac untuk mendedahkan wajah anak mereka kepada para peminat.

Pasangan tersebut sepakat mengumumkan nama anak mereka sebagai Issac Raees yang kini telah berusia 6 bulan. Pendedahan tersebut di buat menerusi instagram masing-masing.

Mereka juga turut berkongsi akaun instagram yang diwujudkan untuk anak mereka iaitu isaacraees yang kini sudah diikuti oleh 131,000 ribu pengikut setakat ini. Para peminat begitu terpikat dengan wajah anak sulung mereka kerana mempunyai lesung pipit di pipi dan sangat comel.

Beberapa video anak mereka dikongsikan semula oleh para peminat. Terkini menerusi sebuah instagram peminat, satu video memaparkan Isaac sedang meniarap dan ditemani ibunya menarik perhatian.


Menerusi ruangan komen para peminat berkata senyuman bayi tersebut yang begitu comel membuatkan para peminat memuji dan merasa geram dengan kecomelan wajah bayi Isaac.

Ada juga peminat yang telah meramalkan bayi tersebut bakal mempunyai peminat yang ramai setelah dewasa kelak. Berikut dikongsikan komen para peminat terhadap video anak mereka.

Kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Begitulah di ibaratkan wajah anak pasangan Aiman Hakim dan Zahirah Mac Wilson yang begitu comel dan sudah mempunyai ramai peminat tersendiri walaupun masih bayi. Pastinya Isaac bakal mewarisi wajah kacak dan jelita ibu bapanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram zahirahh_aimann

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Hensem Sangat , Jenuhla Nak Kep0ng Gewe Mesti Ada Kiri Kanan Ni” – Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*