Siti Elizad Terh4ru Raja Permaisuri Agong Telefon Beri Kata Semangat

Menerusi satu perkongsian sebentar tadi, pelakon Siti Elizad meluahkan rasa terharu apabila menerima panggilan telefon daripada Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Terkejut dengan panggilan tersebut, Elizad berkata Tunku Azizah bertanyakan mengenai keadannya selepas terbaca kisahnya dituduh mandul oleh seorang netizen minggu lalu.


“Terharu, terkejut, semua ada. Macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) saya.

“Sungguhnya, Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa2,” tulis Elizad.

Elizad berkata Raja Permaisuri memberikan kata-kata semangat serta berkenan berkongsikan pengalaman baginda yang menjalani proses rawatan IVF sebanyak 17 kali.

“Tuanku berikan kata2 semangat, bercerita sendiri tentang pengalaman Tuanku sebanyak 17 kali tempuh perjalanan IVF. Memang menyakitkan. Hanya yang mengalami sahaja yang merasai.

“Tiada kata yang mampu saya gambarkan, terlalu gembira dapat berbual2 dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh2 keibuan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Elizad menjelaskan dia tiada niat untuk menghebohkan mengenai penjalanannya menjalani proses rawatan IVF tetapi hanya berkongsi pengalaman kepada mereka yang berdepan masalah sama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:omm

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Siti Elizad Terh4ru Raja Permaisuri Agong Telefon Beri Kata Semangat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*