Pikvl 2 Gvni Berisi Duit Masvk Kedai, Atuk Beli Emas Bvat Isteri Hasil Dari Mengem1s

Baru-baru ini, tular kisah seorang warga emas terpaksa berdepan kesukaran membeli barang kemas buat isteri tercinta kerana mahu membayar menggunakan wang tunai.

Memetik penulisan Tribun News, warga emas bernama Januri itu telah berkunjung ke 2 buah kedai emas di daerah Ketanggungan, Jawa Tengah.

Namun permintaannya telah ditolak oleh pemilik kerana dia mahu membayar menggunakan wang dikumpul dalam 2 karung guni yang dipikulnya.

Sanggup kumpul duit demi bahagiakan isteri

Bagaimanapun, warga emas berusia 60 tahun bernasib baik apabila kedai ketiga menyambut kehadirannya dengan mesra.

Difahamkan lagi, menurut pemilik kedai tersebut, Hengky, Januri dilihat memikul 2 karung guni dipenuhi wang kertas bercampur syiling dan memberitahu mahu membeli barang kemas buat isteri tercinta.

“Dua karung guni itu berisi wang berjumlah 6.5 juta rupiah (RM1,867) dan kami menawarkan seutas rantai emas, sebentuk gelang tangan seberat 10 gram serta lapan gram yang memiliki nilai serupa.
“Atuk itu sangat gembira kerana ada kedai yang menerima wangnya. Dia memberitahu bahawa dia seorang pengemis dan duit hasil mengemis disimpan untuk membeli hadiah buat isteri,” kata Henky.

Tambanhnya lagi, kebanyakan kedai emas menolak kehadiran Januri kerana mereka lebih memilih membuat urusan jual beli secara online sewaktu pandemik ini.

Tonton video penuh:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Tribun News

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Pikvl 2 Gvni Berisi Duit Masvk Kedai, Atuk Beli Emas Bvat Isteri Hasil Dari Mengem1s"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*