Ramai Minta Bantuan ‘Pampers’ Ank, Balkiysh Semundur Saran Pakai Lampin Kain Saja

Pelakon Balkiysh Semundur Khan mendedahkan ramai yang datang kepadanya untuk meminta bantuan lampin pakai buang untuk anak mereka selepas pendapatan keluarga mereka terjejas ketika tempoh pandemik ini.

Pun begitu, Balkiysh memberitahu dia dan badan kebajikan atau pertubuhan badan kerajaan (NGO) tidak dapat membekalkan lampin itu secukupnya kerana ramai yang memerlukan bantuan.

“Saya dapat maklumat terlalu ramai yang perlukan ‘pampers’ untuk anak-anak mereka sejak saya upload di IG baru-baru ini. Saya dah berbincang dan berikan maklumat mereka yang memerlukan kepada beberapa NGO.. Alhamdulillah ada diantara mereka yg telah dibantu..

“Cuma yang menjadi kebimbangannya, bantuan ‘pampers’ ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yang memerlukannya dan tambahan juga ramai orang yang dah terputus bekalan makanan dan barangan asas..

“Jadi dana peruntukan akan diutamakan untuk mereka yang amat memerlukan barangan asas & makanan,” katanya.

Pelakon yang popular dengan drama Mak Cun itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Justeru, Balkiysh mencadangkan agar mereka yang memerlukan cuba belajar untuk kembali pada zaman dahulu dengan menggunakan lampin kain atau napkin yang dibasuh dan dipakai kembali selepas dibersihkan.

“Bagi menjamin keperluan anak-anak, saya cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu atau #backtonature iaitu menggunakan lampin atau napkin..

“Memang zaman skarang ia dianggap remeh & kotor tapi masa kecil saya pun guna napkin ni..Saya berasal daripada keluarga yang susah dan adik-adik saya hingga yang bongsu pun guna napkin.

“Kalau saya ade baby pon, saya sendiri akan buat kaedah ini supaya dapat saving memandangkan saya pun dah hilang pendapatan..Biarlah orang nak kata apa pun, asalkan saya boleh terus melangsungkan kehidupan yang tak tahu sampai bila boleh bertahan..

“Pada saya kaedah ini bolehlah anda guna untuk sementara sahaja dan kalau ekonomi dah pulih serta pendapatan dah stabil nnt boleh guna pampers balik,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ramai Minta Bantuan ‘Pampers’ Ank, Balkiysh Semundur Saran Pakai Lampin Kain Saja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*