Dafi Kasihan Teng0k Papa Pen4t Walaupun Tak Ramai Hargai Usaha Ker4snya

Susulan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berkuat kuasa serta-merta pada Rabu, Dafi tidak terkecuali manzahirkan rasa gembira dan bangga dengan pelantikan bapanya itu.

“Saya tumpang gembira dengan pelantikan ini. Sebagai anak saya sangat berbangga dengan setiap kejayaan yang beliau terima selama berkecimpung dalam bidang politik.

“Saya akan sentiasa memberikan sokongan penuh kepadanya. Kita semua tahu yang dunia politik ini adalah minat utamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Kagum dengan kerja keras bapanya selama ini, penyanyi dan pelakon itu berharap Ismail mampu menggalas jawatan berkenaan sebaik mungkin dan terus cemerlang.

Tambahnya, sebagai dia kasihan melihat keadaan bapanya penat bekerja walaupun tidak ramai menghargai segala usaha kerasnya.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana faham keadaan sekarang orang ramai yang tertekan serta ada sesetengah yang tidak sependapat dengannya,” katanya.

Bagaimanapun, Ismail sering bertanya pada anaknya itu sekiranya menerima mesej peribadi atau terbaca sebarang keluhan atau masalah daripada orang ramai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Instagram Cari

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

 

Be the first to comment on "Dafi Kasihan Teng0k Papa Pen4t Walaupun Tak Ramai Hargai Usaha Ker4snya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*