“Nomi T4k Tunggu Jibek Lagi Tau..” Noorkhiriah Ucap Selamat Tingg4l Bvat Benjy

Pelakon Noorkhiriah menerusi laman Instagram miliknya tampil mengucapkan selamat tinggal buat rakan seperjuangan, Allahyarham Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim di atas pemergiannya, semalam.

Pernah bergandingan bersama dalam drama bersiri Kerana Cintaku Saerah, Noorkhiriah dalam hantaran tersebut menulis kata-kata akhir buat Benjy yang memegang watak sebagai Jibek.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noorkhiriah FC Malaysia (@khiriah_fc)


Memuat naik sedikit sedutan video drama bersiri tersebut, ternyata ia telah membuat peminat mengimbas kembali tawa sendu kedua pelakon ini dalam drama meruntun hati tersebut.

“Nomi tak tunggu Jibek lagi tau..Nomi doakan Jibek bahagia di rumah baru. Al-fatihah sahabat..” tulisnya di hantaran tersebut.

Terdahulu, pemergian Benjy secara mengejut itu dipercayai akibat penyakit asma.

Allahyarham Benjy menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan Indonesia dan urusan pengebumiannya turut akan dilakukan di sana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Harian Metro

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Nomi T4k Tunggu Jibek Lagi Tau..” Noorkhiriah Ucap Selamat Tingg4l Bvat Benjy"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*