“Tanya Diri Sendiri, Sempat Ke Bert4ubat? All4h Terima Ke?,” – Benjy Pelakon Idola, Fizo Omar Minta Henti Ungk1t Kisah Sil4m Arw4h

Pelakon, Fizo Omar mengakui dirinya turut berdukacita di atas pemergian pelakon, Benjy Ibrahim yang telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Ahad.

Menurut Fizo, Allahyarham Benjy merupakan salah seorang idolanya sepanjang berkecimpung didalam dunia seni malah dia turut menyifatkan pemergian bintang tersebut sebagai satu kehilangan yang besar.

Menerusi entri yang sama, Fizo turut berharap agar semua pihak tidak mengungkit lagi segala kesalahan yang pernah dilakukan oleh arwah Benjy pada masa lampau.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)


“Salam Takziah. Satu kehilangan besar buat industri hiburan kita. Seorang pelakon idola saya yang sangat berbakat besar! Allahu. Allah lebih menyanyangi dia dan aturkan yang terbaik untuknya.

“Disaat perginya hamba Allah, tidak perlu kita yang masih hidup dan penuh dengan dosa ni mengungkit atau memperingati segala kesalahan yang pernah arwah lakukan.

“Yang sentiasa bermain di social media adalah kesalahan, kelemahan, keburukan tapi kebaikan yang dilakukan hanya diri sendiri dan Allah je yang tahu,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada seorang anak ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Fizo turut berpendapat,sebagai manusia kita tidak berhak untuk menghakimi kehidupan orang lain kerana pintu taubat Allah sentiasa terbuka luas buat para umatnya.

“Kita semua adalah pendosa yang tak lari dari kesilapan tetapi nasib kita baik sebab Allah belum memberikan hukuman dunia untuk kita semua.

“So tidak perlulah kita nak judge sesiapa pun. The ultimate of life adalah di penghujungnya apabila kita bertaubat dan di ampun oleh Allah SWT.

“Tanya diri sendiri, bila kita akn pergi? sempat ke bertaubat? Allah terima ke?,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan oleh Fizo selain turur menitipkan doa semoga arwah Benjy ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah dan tergolong dikalangan orang-orang beriman.

“Well said Abang Joe. Al-Fatihah buat arw4h.

“Salam takziah buat semua ahli keluarga arw4h.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman dan bertaqwa. Salam takziah buat keluarga beliau,” antara reaksi netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Benjy dilaporkan telah meningg4l dvnia akib4t ser4ngan Asm4 di sebuah hospital yang terletak di Medan, Indonesia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Tanya Diri Sendiri, Sempat Ke Bert4ubat? All4h Terima Ke?,” – Benjy Pelakon Idola, Fizo Omar Minta Henti Ungk1t Kisah Sil4m Arw4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*