Orang Minta Bantuan Terlalu Ramai, Pejabat Syed Saddiq Diarah Tvtup – “Kalau Nak Komp4un, Komp4un Saya!”

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa apabila pejabat Parlimen Muar diarahkan tutup bermula esok oleh pihak polis berikutan jumlah kehadiran penduduk yang terlalu ramai.

Menurut Syed Saddiq, penutupan itu berikutan jumlah orang ramai yang beratur di luar pejabatnya untuk mendapatkan bantuan bekalan keperluan harian yang tidak boleh dikawal.

“Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat.

“Sejak dua hari lepas, saya dan team Muar telah bekerja untuk mengagihkan bantuan makanan kepada 5,000 keluarga Muar.

“Biasanya ada dalam 150 lebih keluarga datang setiap hari. Tapi sejak dua hari lepas, jumlah keluarga yang datang telah naik tinggi. Orang sedang susah, lapar dan sakit. Mereka wajib dibantu.

“Saya tak boleh halang orang susah dan lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya,” tulisnya di ruangan media sosial.

Saya diarahkan tutup pejabat Parlimen Muar mulai esok. Polis kata terlalu ramai orang beratur di luar pejabat.Saya tak boleh halang orang susah & lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya.Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar!! pic.twitter.com/SMXYrP97cE
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 13, 2021

Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, dia meminta untuk pihak polis tidak mengeluarkan kompuan ke atas keluarga yang bersusah payah datang beratur di luar pejabatnya untuk memohon bantuan.

“Kalau nak kompaun, kompaun saya. Pejabat itu di bawah kawal selia saya. Jangan tambah beban rakyat Muar. Mereka hanya mahu bantuan sampai ke tangan keluarga mereka,” ujarnya lagi.

Sementara itu di laman Twitter, penutupan itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya kecewa dengan

Malah, ramai yang turut memberikan cadangan untuk penambaikan sistem dan lokasi agar dapat menampung jumlah hadirin yang datang.

“Cadangan, boleh gunakn khidmat Grabrider dan Grabdriver untuk bantu menghantar bekalan kepada Rakyat. Kalau Grabdriver banyaklah sikit boleh bawak sebab pakai kereta,” komen seorang wargamaya.

“Saya cadangkan, YB gunakan sistem nombor. Beri nombor giliran, masa dan tarikh pemohon itu untuk datang collect. Lebih baik secara drive thru,” cadang seorang wargamaya.

“Bagi solusi untuk sesuatu tindakan etc sediakan dewan untuk pemohon. Kesian pada mereka yang datang untuk memohon bantuan,” kata seorang wargamaya.

“Cadangan : pandu lalu, banyakkan pusat pemberian, hire orang untuk buat agihan e.g Grabcar @ teksi,” ujar seorang wargamaya.

“YB agihkan kepada ketua kampung lebih efektif. People no need to que at your office. Ketua kampung kumpulkan maklumat people in need. Your team agihkan bekalan ke ketua kampung. Bukankah lebih efisen dari berpusat mcm ni?” tulis seorang wargamaya.

“Minta jasa baik Dato’ @Hasni_Johor untuk berbincang dengan polis Muar agar insiden ini boleh diselesaikan dengan baik. Keadaan ekonomi rakyat yang susah harus diberi keutamaan juga,” komen seorang wargamaya lagi.

Pada Isnin, Syed Saddiq memgumumkan pemberian bantuan food bank kepada hampir 5,000 keluarga di Muar dengan peruntukan sebanyak RM300,000.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Orang Minta Bantuan Terlalu Ramai, Pejabat Syed Saddiq Diarah Tvtup – “Kalau Nak Komp4un, Komp4un Saya!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*