Si Cantik Maudy Ayunda Ucap Selamat Tinggal Kepada Stanford University, Kenang Fasa Mengenal Diri

Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Maudy Ayunda, 26, berkongsi berita gembira kepada peminat apabila berjaya menamatkan pengajian di Stanford University, California selepas dua tahun menimba ilmu.

Dan lebih membanggakan apabila dia yang memiliki 13.9 juta pengikut di Instagram itu berhasil merealisasikan kursus Joint Degree Program (JDP) – kombinasi dua program iaitu perniagaan dan pendidikan dilakukan oleh mahasiswa dalam tempoh sama.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, @maudyayunda, dia yang berpakaian serba hitam memuat naik gambar membawa pulang enam buah bagasi besar untuk pulang ke Indonesia.

“Pulang membawa koper-koper berisi barang-barang. Tapi bukan sekedar itu. Aku pulang berbekal pengalaman, begitu banyak pelajaran hidup, dan khususnya rasa lebih mengenal diriku. Until later, my second home,” tulis Maudy merujuk Standford University sebagai rumah keduanya.

Waktu sama, dia turut mengajak peminat untuk menonton sebuah video berjudul, My Stanford Graduation – What I Learned dimuat naik di akaun YouTube miliknya, Maudy Ayunda berkisar refleksi dua tahun di California, Amerika Syarikat (AS).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maudy Ayunda (@maudyayunda)


“Oh ya, videoku yang bercerita dan merenungkan dua tahun terakhir sudah keluar di YouTube. Bertepatan aku boarding pesawat.”

Merumuskan video berdurasi penuh 13.23 itu, Maudy berkongsi empat pengalaman personal semasa bergelar mahasiswa termasuk kompilasi momen menarik usai bergelar graduan dua jurusan.

“Saya belajar mengadaptasi diri, lebih hargai alam sekitar, mencari inspirasi daripada orang sekeliling dan bersyukur untuk setiap udara kita hirup,” kongsi Maudy gembira dengan fasa baru hidupnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maudy Ayunda (@maudyayunda)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maudy Ayunda (@maudyayunda)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Si Cantik Maudy Ayunda Ucap Selamat Tinggal Kepada Stanford University, Kenang Fasa Mengenal Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*