Jual Pulut Mangga Untuk Selam4tkan Butik

HULU TERENGGANU: Keadaan kewangan yang makin menghimpit dengan hutang tertunggak selama tujuh bulan mendorong seorang pengusaha butik pengantin di daerah ini memilih berniaga pulut mangga di samping pelbagai hidangan lain demi menyelamatkan perniagaannya.

Nik Mat Ali Nik Chik, 47, tidak sanggup melihat butik Gila-Gila Pengantin yang diusahakan sejak 15 tahun lalu gulung tikar sebagaimana nasib dialami rakan seangkatannya.

Katanya, selain menjual makanan, sebelum ini dia turut memanfaatkan kemahiran fotografi dimiliki dengan menawarkan harga serendah RM250 untuk setiap pakej gambar perkahwinan.

“Pernah satu tahap saya mencuba nasib berlegar-legar di pejabat agama daerah semata-mata untuk mencari pengantin yang berminat menggunakan khidmat saya.

“Sewa butik sebanyak RM700 sebulan pun sudah tertunggak selama tujuh bulan, mujurlah pemiliknya bertimbang rasa dan tidak terlalu mendesak tetapi segala bil utiliti tetap perlu dibayar,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Nik Mat Ali berkata, dia berputih mata apabila tempahan 13 pakej perkahwinan yang dianggarkan bernilai RM23,000 sepanjang Hari Raya Aidilfitri lalu dibatalkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Katanya, lebih menyedihkan kesemua persiapan pelamin membabitkan daerah ini dan Marang sudah disediakan untuk mempelai.

“Deposit yang dibayar pengantin terpaksa digantikan dalam bentuk perkhidmatan lain dan dalam situasi sekarang jika saya mendapat kerja serendah RM200 pun saya sudah bersyukur sangat-sangat tetapi apakan daya kerana perniagaan butik pengantin masih dilarang beroperasi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Utusan Online

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Jual Pulut Mangga Untuk Selam4tkan Butik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*