“Harga Tak Masuk Ak4l..!”Lel4ki Jual Durian Kampung RM500 Sebiji

PETALING JAYA – Jangan terkejut bila anda melihat seorang lelaki menjual durian kampung sehingga RM500 sebiji di laman sosial.

Ini kerana klip video dikongsi di laman Tiktok milik @juneysbakery itu tidak menggambarkan harga sebenar buah tersebut.

Tetapi, ia adalah harga yang perlu dibayar lelaki itu bagi membaiki cermin keretanya yang dipecah gara-gara ditimpa raja buah yang gugur.

Menurutnya durian kampung tersebut ‘mahal’ harganya kerana ia tidak jatuh atas tanah sebaliknya jatuh di atas cermin belakang sebuah kereta yang diletakkan di halaman rumah.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh kejadian itu berlaku.

Susulan tular video berdurasi 53 saat itu, rata-rata pengguna laman sosial meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

“Kau tahu kan yang durian bila-bila masa je dia boleh terjun, kalau dia nak terjun dia dah tak bagi warning dah dia terjun je,

“Yang kau gi park keta bawah pokok tu dah kenapa, kan dah mendapat,” tulis Ain Hamid.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azlina Nabila.

“Ni mesti parking kereta kat bawah pokok durian tu kan? bukan salah durian, salah kamu,” katanya.

Selain menyalahkan pemilik kereta itu yang cuai orang ramai turut mendoakan agar lelaki berkenaan digantikan dengan rezeki yang baharu.

“Mungkin ini takdir buat kamu, bertabahla nanti Allah ganti dengan rezeki lain, semoga dipermudahkan urusan bro,” tulis Mat Jaki Kepong,” katanya

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:K!ONLINE

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Harga Tak Masuk Ak4l..!”Lel4ki Jual Durian Kampung RM500 Sebiji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*