“Macam Baby Boy Je…,” – Beli Dua Katil Warna Pink Dan Biru, Peminat Teka Elly Mazlein Bakal Timang B4yi Lelaki

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang kini sedang berbadan dua dilihat sudah mulai membuat persiapan bagi menyambut ahli baru dalam keluarganya tidak lama lagi.

Menerusi entri di Instagram, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkongsi sekeping foto yang memaparkan dua buah katil yang tempah khas bagi kegunaan bayi yang bakal lahir serta anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.

Mencuri perhatian ramai apabila pelakon drama bersiri Kampung People ini dilihat menempah dua buah katil berwarna merah jambu dan biru.

“Alhamdulillah katil Manja & baby dah 50% siap. Tunggu hasilnya nnti ya Tq @impian_home love sangat,” tulis Elly.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)


Melihat di ruangan komen, ada warganet yang tidak sabar menantikan bayi yang bakal lahir selain ada juga yang berteka-teki mengenai jantina bayi yang dikandung.

“Baby boy keeee,” tanya peminat.

“Wahh boboy nanti, kedai perabot mana ni kakak lina,” tulis lagi seorang peminat.

“Macam baby boy je… ,” teka seorang peminat lain.

“Awww baby boy ke,” tanya seorang peminat.

Untuk rekod, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.

Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.

Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada Januari 2020 dan disahkan hamil anak kedua pada April lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Macam Baby Boy Je…,” – Beli Dua Katil Warna Pink Dan Biru, Peminat Teka Elly Mazlein Bakal Timang B4yi Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*