“Suka Betul Dia..”Aafiyah Teruja Adik Afwa Dah Pandai Meni4rap..

Melihatkan gelagat anak sulung penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pastinya tak kering gusi melihatnya. Ada sahaja aksi comel Aafiyah bersama adiknya yang membuatkan kita terhibur.

Kalau dulu Aafiyah teruja setiap kali adik bangun dari tidur, kini Aafiyah bukan main gembira dan teruja bila mana melihat adik Afwa belajar meniarap.

Dilahirkan pada 19 April lalu, Muhammad Afwa, adik kesayangan kakak Aafiyah rupanya sudah pandai meniarap. Baru hampir mencapai usia tiga bulan, Afwa sudah pandai memusingkan tubuhnya untuk meniarap.

Ibu kepada dua cahaya mata ini berkongsi momen indah dua beradik itu menerusi Insta Storynya. Syabas Afwa!

Namun apa yang turut menjadi perhatian pastinya gelagat kakak Aafiyah yang menjadi penyokong setia memberikan kata semangat untuk adiknya.

Paling comel ketawa Aafiyah sebaik Afwa berjaya memusingkan badannya ternyata mencuit hati semua.

“Kakak tengok adik sayang. Look Adik.

“Go Afwa Go…yeayyy,” kata Datuk Siti memberi sokongan pada Afwa.

Video pendek itu kemudiannya disudahi dengan hilai tawa Aafiyah yang panjang, yang sudah semestinya mencuit hati semua.

Bijaknya Afwa, begitu cepat perkembangannya. Tidak hanya pandai meniarap, bahkan melalui Insta Story yang turut dikongsikan Datuk Siti, si comel Afwa juga cukup ramah ‘mengomel’, lebih-lebih ketika baru lepas minum susu.


Dalam pada itu, rata-rata peminat turut memuji akan perkembangan pantas Afwa yang sudah pandai meniarap.

Terdahulu, Muhammad Afwa yang selamat dilahirkan pada 19 April lalu di sebuah hospital swasta sudah pastinya menjadi pelengkap bahagia kehidupan Datuk Siti sekeluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber: Insatgram Muhammad Afwa

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Suka Betul Dia..”Aafiyah Teruja Adik Afwa Dah Pandai Meni4rap.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*