Ebit Lew Minta Nadir Al Nuri Jawab, Mana Sumbangan RM20 Juta Rakyat Malaysia?

Menerusi sesi live sebentar tadi, pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew turut meminta Presiden Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al Nuri mengemukakan bagaimana duit sumbangan rakyat Malaysia diagihkan untuk rakyat Palestin.

Ebit bertanya mengenai perkara tersebut selepas beliau didakwa menggunakan duit sumbangan rakyat Malaysia untuk menjayakan misi kemanusiaan di Gaza.

Kata Ebit lagi, beliau dan pasukannya ke sana menggunakan duit sendiri dan tiada satu tabung Gaza dibuka untuk misi kemanusiaannya itu.

“Ramai maki saya, mereka ingat saya bawa duit Malaysia ke sana. Saya tak bawa duit sesiapa tak pernah buka tabung Gaza.

“Yang kumpul duit Gaza ni orang lain. Yang kumpul duit ini adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dimana kali ini diketuai oleh Nadir.

“Ada dalam Live, dia baritahu dapat RM20 juta. RM20 juta tu setahun, tahun depan RM20 juta lagi dan seterusnya. Banyak NGO kat sana yang baik dan ikhlas, tapi saya tujukan soalan pada Nadir. Ada bukti, resit begitu begini?,” soalnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Ebit Lew Minta Nadir Al Nuri Jawab, Mana Sumbangan RM20 Juta Rakyat Malaysia?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*