“Kalau jatvh kerana manvsia, bangunlah kerana Allah” – Netizen Sejuk H4ti Baca Komen Apek Untuk Ustaz Ebit Lew

Kontroversi di antara Ustaz Ebit Lew, Nadir dan Caprice membabitkan misi bantuan Gaza masih belum berkesudahan dan ramai pihak memberikan kata-kata serta pendapat masing-masing melalui media sosial tentang isu ini.

Setiap individu bagaikan ada penyokong masing-masing dan sentiasa menantikan perkembangan terkini isu ini namun komen daripada pelawak, Saiful Apek baru-baru ini telah menarik perhatian ramai di media sosial.

Menurut sebuah portal, Apek telah menulis komen di sebuah posting Ebit Lew sehari sebelum bermula sesi live dermawan itu dan netizen berpendapat komennya rasional serta neutral kerana dilihat tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Kata Apek menerusi coretannya itu, sudah menjadi lumrah bagi manusia untuk melalui fasa ujian dalam kehidupan dan itulah yang sedang dilalui ketiga-tiga individu yang terpalit dengan kontroversi berkenaan.

Kalau semuanya mudah dan tak diuji, itu bukan ‘dunia’ namanya…Itu ‘syurga’. Tapi demi kebenaran dan kasih sayang, kita perlu pertahankan.”

Kalau jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan.”

Perkongsian seorang netizen di Twitter yang akui berasa sejuk hati membaca komen itu dipersetujui ramai orang lain yang berkata coretan tersebut membawa maksud yang ‘mendalam’. Beberapa netizen berkata Apek memang sering memberikan kata-kata yang positif serta coretan yang memberi makna seperti itu tidak kira dalam konteks atau isu apa sekalipun.

Antara komen netizen di Twitter,

“Saiful apek ni jenis diam diam but sentiasa menyejukkan.”

“Suka baca komen dia tak kisah la dekat mana mana posting pun. Abah abah sangat.”

“MasyaAllah. Setuju. Dunia ni penuh ujian..lebih tinggi iman orang tu, lebih berat n besar ujian. Allah knows our limit n capability. Moga kita dlm golgn yg sabar menghadapi stiap ujian inshaAllah.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Kalau jatvh kerana manvsia, bangunlah kerana Allah” – Netizen Sejuk H4ti Baca Komen Apek Untuk Ustaz Ebit Lew"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*