“Saya Masih Belajar…” – Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Jaga Dua Cahaya M4ta

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman menjaga dua cahaya mata.

Menurut Siti yang baru melahirkan anak kedua, Muhammad Afwa tiga bulan lalu, masih banyak perkara untuk dipelajari dalam urusan membesarkan anak-anaknya.

“Saya sangat bersyukur kerana diberi rezeki oleh Allah SWT untuk bergelar seorang ibu, meskipun agak terlambat saya dikurniakan zuriat, tetapi saya gembira.

“Bercakap soal menjaga anak-anak, saya masih lagi dalam proses belajar, mereka pun masih kecil dan saya baru beberapa tahun bergelar ibu,” katanya.

Siti berkata demikian dalam sidang media yang diadakan secara virtual anjuran jenama produk yang diusahakannya, BeauSiti sebentar tadi.

Dalam pada itu, Siti akui bukan mudah menjalankan tanggungjawab seorang ibu diikuti kesibukan kerjaya dan perniagaan.

“Jadi seorang ibu yang berkerjaya bukanlah satu perkara mudah, kita kena fikirkan tanggungjawab sebagai ibu, suri rumah dan pada masa yang sama, pelbagai hal kerja dan perniagaan.

“Insya-Allah, saya mahu jadi seorang ibu yang baik, antara tips yang penting untuk mereka di luar sana, kita haruslah sentiasa sabar dan bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT,” katanya lagi.

Sekadar info, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.
Muhammad Afwa pula dilahirkan pada 17 April lalu di sebuah pusat perubatan di Selangor.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aafiyah Khalid (@aafiyahkhalid)


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya Masih Belajar…” – Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Jaga Dua Cahaya M4ta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*