“Saya Terima Dengan H4ti Yang Terbvka” – Nabila Razali Sedia Ken4l H4ti Bvdi Jika…

Penyanyi Nabila Razali bersedia jika ada lelaki yang mendekatinya untuk mengenali hati budi sesama sendiri.

Namun menurut Nabila, buat masa ini dia masih menumpukan perhatian kepada kerjayanya terlebih dahulu.

“Buat masa sekarang ini, saya masih menumpukan perhatian kepada kerjaya saya sebaik mungkin dan belum ke arah memikirkan soal jodoh lagi.

“Tetapi sekiranya ada yang datang mahu mengenali hati budi, saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada Gempak.

Nabila berkata demikian dalam sesi virtual eksklusif BeauRaya petang semalam.

Dalam pada itu, Nabila turut berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini.

Kata penyanyi lagu Vroom Vroom ini, dia sudah bersedia untuk tampil dengan single terbaru.

“Kalau soal album, rasanya masih jauh lagi, tetapi selepas setahun saya melancarkan lagu Peluang Kedua, kini saya sudah jumpa single terbaru saya.

“Ia akan dilancarkan tidak lama lagi, saya berharap para peminat menyokong saya dengan single yang bakal dilancarkan ini,” katanya lagi.

Selain Nabila, sesi virtual tersebut turut disertai penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, aktres Izara Aishah dan pengacara Hawa Rizwana.

Sesi itu bertujuan untuk memberi penghargaan kepada peminat atau pengguna setia produk BeuSiti dengan memberi semangat positif dan inspirasi dalam mengharungi pelbagai cabaran ketika detik sukar pandemik COVID-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Saya Terima Dengan H4ti Yang Terbvka” – Nabila Razali Sedia Ken4l H4ti Bvdi Jika…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*