Eyra Hazali Komen Pasal Sej4dah Neelofa, Sekali Dia Kna Balik

Pelakon Eyra Hazali berkongsi pendapat peribadi di laman Twitter miliknya selepas menggunakan sejadah di bawah koleksi jenama selebriti popular, Neelofa.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, dia berpendapat sejadah berharga RM85 itu terlalu nipis sehingga menyebabkan dirinya kadang-kala mengalami kesakitan pada bahagian lutut dan dahi.

Tapi sejadah dia nipis sangat…sakit lutut and kepala kadang2 https://t.co/lTMEOCmfv6

— EH (@EyraHazali21) July 20, 2021

“Tapi sejadah dia nipis sangat… sakit lutut dan kepala kadang-kadang,” tulis Eyra memberi reaksi kepada satu posting netizen mengenai sejadah berkenaan.
Pelakon drama Mr. Grey itu berkata, dia jujur melakukan reviu sebagai pelanggan yang telah membeli produk tersebut dan bukan bermaksud tidak menyokong perniagaan diusahakan oleh rakan artis.

Tolong faham kenyataan

“Bagi honest review, orang amik buat statement artis tak support artis. Pastu kena serang dengan fans dia. Salah juga ek customer baig review. I beli kot,” katanya.

Pendapat pelakon berusia 22 tahun itu turut disokong oleh beberapa warganet yang ‘mengusik’ dengan mengatakan bahawa sejadah tersebut mungkin perlu dilapik dengan permaidani tebal dibeli dari Nilai.

Alas dengan karpet tebal, cari kat Nilai

Kejujuran macam ni kita perlukan!

Sejadah dia memang nipis. Jadi apa masalahnya?

Bagaimanapun, ada juga individu memberi pandangan sendiri dengan mengatakan sejadah itu bersifat nipis kerana mudah untuk disimpan selain sesuai dibawa ketika melancong.

Kalau nak sejadah tebal, beli lain!

Sumber: Twitter @EyraHazali21

Neelofa hamil?

Dalam perkembangan lain Pasangan sensasi Neelofa dan suaminya Haris Ismail atau PU Riz sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik gambar berdua di Instagram perniagaan milik mereka yang memperlihatkan Neelofa seolah-olah sudah hamil.

Aksi mereka yang mengenakan jubah berwarna coklat mengundang perhatian ramai kerana menampakkan bentuk badan Neelofa agak berisi seperti wanita hamil.

Komen dalam hantaran gambar itu rata-ratanya mengaitkan Neelofa yang sudah lebih tiga bulan bergelar isteri kini hamil.

Ada yang melahirkan kesyukuran sekiranya bekas pengacara MeleTop ini benar-benar hamil.

Tidak ketinggalan beberapa pengikut lain mengakui kesesuaian pakaian ini dikenakan oleh wanita hamil. Terdahulu, perkara ini mula menjadi perbualan hangat sejak bulan lalu selepas Neelofa meletakkan ‘tag’ nama suaminya pada bahagian perut dalam foto yang dimuat naik pada Aidilfitri lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang reaksi atau apa-apa pengesahan daripada pasangan ini berhubung gambar itu sama ada Neelofa hamil atau tidak.

Pasangan ini bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:trandingsangat

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Eyra Hazali Komen Pasal Sej4dah Neelofa, Sekali Dia Kna Balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*