Terpis4h Bertahun-Tahun Akibat Perg0lakan, 2 Beradik Syria Ini Akhirnya Bertemu Di Olimpik?

Tular di media sosial mengenai dua beradik Syria yang bertanding di Olimpik Tokyo.

Selepas bertahun lama berpisah akibat pergolakan di negara itu, kedua-dua mereka didakwa dipertemukan semula.

Malah, Muhamad Maso dan adiknya Alaa ini dikatakan pelarian Syria dari Aleppo dan mereka pernah menyelamatkan diri dengan merentas lautan.

Walau bagaimanapun, menerusi laporan dikeluarkan CGTN News, perkara tersebut sebenarnya telah ditokok tambah.

Menurut laporan itu, fakta mengenai pertemuan dua atlet itu selepas bertahun-tahun perpisahan kerana konflik di Syria adalah tidak benar.

Ini kerana kedua-dua mereka yang berasal dari Aleppo itu kini tinggal di Jerman.

“Mereka meninggalkan Syria pada 2015 yang mana ibu bapa mereka ketika masih hidup.

“Mereka menuju ke Eropah bersama-sama,” kata laporan berkenaan.

Difahamkan, Muhamad Maso mewakili Syria untuk sukan triathlon manakala Alaa pula mewakili pasukan Refugee Olimpik dalam sukan renang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page@KLMENJERIT

Sumber:Gempak

PERHATIAN: Pihak KLMENJERIT tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KLMENJERIT juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Terpis4h Bertahun-Tahun Akibat Perg0lakan, 2 Beradik Syria Ini Akhirnya Bertemu Di Olimpik?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*